» » » » » AZMIN: Mustafa Ali Jaguh Kampung...

Selepas dihujani dengan tohmahan ekoran daripada kenyataan kontroversinya, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali akhirnya 'menyerang'  balas kritikan terhadapnya.

Beliau menyifatkan Azmin walaupun menjawat jawatan Timbalan Presiden PKR tetapi tidak mempunyai katahanan politik sebagaimana mentornya Anwar mahupun Wan Azizah.

"Azmin sekarang berada dalam keadaan sangat tertekan, maka bukanlah sesuatu yang menghairankan jika orang nombor 2 PKR itu sering kali melenting secara berlebihan apabila berhadapan sesuatu isu."

"Saya sebenarnya tidak terlalu mengambil kisah mengenai apa yang dikatakan oleh Azmin dalam laman Twitternya. Dia seorang pemimpin yang berada dalam keadaan tertekan dan dalam pada masa yang sama tiada ketahanan."

"Sepatutunya Anwar yang tertekan kerana tuduhan ini (video seks) dilemparkan kepadanya, tetapi saya pelik kenapa Azmin pula yang terlebih tertekan," katanya.

Mustafa mengulas serangan terbuka Azmin yang berang apabila hampir semua media melaporkan kenyataan Mustafa bahawa PAS akan membuat ketetapan baru selepas siasatan terhadap video seks itu selesai.

"Azmin dalam Twitternya dipetik sebagai berkata: "Apakah benar Mustafa Ali keluar kenyataan begitu untuk menyinggung Keadilan (PKR) dan DSAI (Anwar)? Rakyat tuntut penjelasan.


"Pimpinan perlu akur dengan kerangka besar agenda bersama PKR. Jangan jadi jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian."

Ditanya mengapa mengambil masa yang lama untuk membalas kenyataan Azmin, jelas Mustafa, selaku Setiausaha Agung PAS, beliau tidak mahu menambahkan lagi tekanan kepada Azmin.

"Dia kawan kita, jadi tidak mahulah tambah beban dia," ujarnya.

-utusan..

PS; aku cukup rasa meluat apabila Azmin guna perkataan "rakyat" dalam ucapan dia. Bagi aku Azmin tidak layak menggunakan perkataan 'rakyat' dalam hujahnya kerana majoriti rakyat sokong BN... hehehe... 

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

1 comments:

  1. salam, mohon dilinkkan disini. Syukran la kum

    http://dppwm.blogspot.com

    ReplyDelete