» » » » » » » PANAS: Wajib BACA... Pembangkang Munafik???






Kadang-kadang ana ada juga terfikir, apala nak jadi dengan negara kita ini apabila ramai yang lebih mempercayai perkara yang bohong daripada kebenaran. Sebagai contohnya dengan sikap dan perangai ketua pembangkang yang dikatakan amat gemar berbohong dan menipu dalam setiap apa yang dibuat dan apa yang diperkatakan demi untuk menarik sokongan rakyat kepadanya. Malah dia juga dikatakan sanggup melakukan apa sahaja demi untuk memastikan hasrat dan cita-citanya menjadi perdana menteri tercapai.

Begitu juga dengan sikap dan perangai konco-konconya yang juga sanggup melakukan apa sahaja demi untuk melihat parti yang mereka sokong menang dalam pilihanraya. Apa yang lebih mengejutkan ialah ada juga manusia yang kepala berkopiah dan berserban bahkan ada yang berjubah tetapi mulut apabila bercakap  MASYA ALLAH, terkejut ana melihat dan mendengarnya.  Sepatutnya segala tindakan dipengaruhi oleh peribadi kita bukannya hawa nafsu.

Namun inilah sebenarnya hasil didikan "ulama'" yang mereka agungkan. Golongan ini sanggup memutar belitkan ayat al-Quran asal mereka berjaya mencapai matlamat. Tapi kini golongan ini hanya lantang bersuara apabila berhadapan dengan sesama bangsa dan sama agama. Tapi apabila berhadapan dengan rakan mereka yang berlainan bangsa dan agama, mereka bagaikan hilang taring bahkan sanggup menjadi pak turut sehingga rela menggadaikan prinsip perjuangan semata-mata untuk mendapat undi bukan Islam bagi menjamin kemenangan dalam pilihanraya.

Sedarkah mereka yang sebenarnya mereka hanya menjadi alat yang digunakan oleh golongan tertentu untuk mendapat kuasa. Tahu atau tidak mereka ini apabila seorang juruvideo kerajaan DAP Pulau Pinang yang berkata hanya DAP yang layak memerintah Malaysia. Tidakkah mereka terkesan dengan kata-kata itu? Adakah mereka sanggup menerima seorang yang bukan Islam sebagai Perdana Menteri di dalam sebuah negara yang majoritinya beragama Islam dan telah diiktiraf oleh dunia sebagai sebuah negara Islam.

Sebuah parti yang kononnya ingin memartabatkan Islam sanggup meletakkan diri mereka dalam kancah golongan munafik apabila setiap kata-kata yang diungkapkan ada pembohongan dan ada janji yang seperti telah diketahui puak-puak ini hanya tahu menabur janji tapi TIDAK pernah menunaikan janji. Bukti ada dimana-mana dan ada didepan mata. Tak perlu ana nyatakan di sini kerana terlalu banyak untuk dihuraikan. Apa yang mereka pandai hanyalah bersyarah itu ini selepas itu mengumpat sana-sini hingga akhirnya banyak fitnah ditaburkan untuk mempengaruhi dan mengabui mata rakyat.

Sedarlah saudara-saudaraku bangsa kita yang mendokong Islam di negara ini diambang perpecahan yang Maha dahsyat apabila parti yang kononnya pejuang Islam tulen sanggup berkawan dengan "SYAITAN" daripada bersatu dengan sesama muslim.

Kepada semua pembaca blog ini ayuh bangkit sebelum terlambat. marilah kita belajar daripada sejarah, jangan sampai sejarah yang mengajar kita. Sesungguhnya untuk mencapai kemerdekaan sememangnya sukar tetapi ketahuilah untuk mempertahankan kemerdekaan yang dicapai itu lebih sukar dari memerdekakannya.

Bersambung...

Buka minda, buka hati, telusuri keagungan-Nya.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply