» » » Relevankah Slogan PAS GANTI UMNO...

Ana masih lagi tertanya-tanya "Relevankah slogan PAS Ganti UMNO..???"
Persoalan ini timbul apabila ana membuat kajian berkenaan jumlah kerusi yang PAS tandingi di Parlimen jika dibandingkan dengan kerusi yang UMNO tandingi.

Umum mengetahui bahawa Parlimen Malaysia mempunyai 222 kerusi. Daripada jumlah itu 117 kerusi ditandingi oleh UMNO manakala PAS hanya bertanding 66 kerusi sahaja. Dikala UMNO bertanding lebih separuh daripada jumlah kerusi sedangkan PAS hanya  bertanding 1/3 sahaja daripada 222 kerusi Parlimen.

Jadi dimanakah relevannya slogan PAS ganti UMNO.

Apa yang nyata kini. Daripada apa yang kita lihat saban waktu ialah PAS sebenarnya sedang ditunggangi oleh DAP dan terus-terusan menjilat ludah sendiri apabila hanya mampu menjadi pak angguk dan pak turut kepada DAP dan PKR.

Segala apa yang dikata oleh DAP itulah syarat yang wajib PAS turuti untuk terus mendapat sokongan DAP. Keadaan PAS sekarang seolah-olah sedang menelanjangi diri sendiri apabila satu demi satu "isi penting" pejuangannya telah di tolak ketepi. Antaranya perjuangan menubuhkan negara Islam ala PAS telah ditukar kepada negara berkebajikan (kerana takutkan DAP). Menolak ketepi perjuangan hukum hudud juga kerana takutkan DAP.

Sedangkan dalam BN, UMNO merupakan parti yang dominan kerana mempunyai kerusi terbanyak di parlimen.

Berikut adalah  Kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh parti-parti dalam pilihan raya parlimen 2008
Parti Kerusi ditandingi Kerusi dimenangi Peratus kerusi
dimenangi daripada
                     kerusi bertanding     kerusi Menang
UMNO         117                         79
PAS                66                         23
PKR               95                          31
DAP               48                          28

Ana suka untuk berkongsi pandangan suarabloggers.com dalam mengulas isu ini jom kongsi...

tulah yang saya katakan mereka cuba temberang orang melayu kononnya mereka boleh ganti Umno.

Dalam Malaysia kita ada 222 kerusi parlimen. BN bertanding di kesemua 222 kerusi tersebut dan daripada jumlah itu kerusi yang ditandingi Umno adalah 117, iaitu lebih 50 % dari kerusi yang ada.

Bagaimana Pas kata mereka nak ganti Umno kalau mereka hanya sasar bertanding di 80 kerusi parlimen ? Tak sampai 50 % pun...

Itu pun kalau mereka dapat 80 kerusi tersebut. Buatnya DAP atau Karpal Singh berdehem sikit terus mereka kecut telur, tukar jadi 40 kerusi sahaja. Sejarah telah membuktikan banyak kali Pas terpaksa menyembah kepada DAP termasuklah yang masih segar dalam ingatan kita yang terjadi 2 minggu lepas di Kedah.

Dalam PRU 12 Pas hanya bertanding di 66 kerusi dan menang 23 kerusi sahaja. Adakah DAP akan beri pertambahan 14 kerusi lagi ? Silap-silap kurang lagi dari 66 kerusi yang mereka dapat.

Bagaimana kamu nak ganti Umno wahai Pas kalau kerusi yang kamu bertanding pun kurang dari yang Umno tandingi ?

Kalau kamu nak ganti Umno, kamu kena tunjuk kamu kuat dan berkuasa dalam pak-khatan rakyat. Kamu mesti bertanding lebih dari kerusi yang Umno bertanding barulah orang percaya.

Minta dengan DAP kamu nak 120 kerusi barulah nampak hebat dan orang percaya. Setakat 80 kerusi tak payah nak temberang orang melayulah yang kamu boleh ganti Umno.

Sebab itu saya kata mereka hanya temberang orang melayu hanya semata-mata nak dapat undi. Bila dah dapat kuasa kelak diserahkan kepada DAP. Mereka dapat jawatan menteri seorang dua, kemudian dilimpahi dengan projek dan wang oleh DAP, duduk diam-diam. DAP suruh tandatangan, mereka pun tandatangan. Cakap lebih sikit DAP sekeh kepala. Habis waktu pejabat , malam naik pentas ceramah pergi ceramah tipu melayu lagi dan puja-puji DAP. Akhir sekali hancur negara.

Kalau Pas benar-benar nak ganti Umno mereka mesti umum seperti dibawah ini barulah kata-kata mereka itu boleh dipercayai. Saya sendiri pun berani sokong Pas kalau mereka berani umum seperti di bawah ini tanpa sebarang bantahan dari DAP.

Jawatan Pengerusi Pak-khatan rakyat dipegang oleh Pas.

Jawatan Timbalan Pengerusi juga oleh Pas.

Setiausaha juga dari Pas.

PM dan TPM dari Pas.

Menteri Kewangan dari Pas.

Menteri pendidikan dari Pas.

Jumlah kerusi yang Pas bertanding mesti lebih dari 50 %.

Penggunaan Kalimah Allah hanya untuk orang islam sahaja.

Setakat nak bertanding 80 kerusi, nak minta jawatan PM pun tak berani, kemudian nak temberang orang melayu kononnya mereka boleh ganti Umno. Apa punya tur ?-
suara bloggers.com

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply