» » #PRU 13 : Rahsia yang rakyat wajib tahu! Part 34

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli perlu menjelaskan sama ada logo PKR yang digunakan hari ini adalah sebenarnya gambar mata anak ikan atau tidak.

Timbalan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Omar Saleh berkata, Rafizi telah membuka mata semua pihak mengenai perkara tersebut ekoran hasratnya ingin menukar nama National Feedlot Corporation kepada 'National Fish Corporation'.
Berikut adalah kenyataan penuh Omar:
1. Kami amat hairan mengapa Rafizi sehingga kini enggan mengulas mengenai hasratnya untuk menukarkan nama National Feedlot Corporation kepada 'National Fish Corporation'.
Malah, kami juga mendengar bahawa Rafizi telah memulakan program anak ikan secara senyap-senyap, jadi wajar untuk beliau memberikan penjelasan kerana perkara ini telah menjadi teka-teki kepada orang ramai.
2. Selaku calon bagi kerusi Parlimen Pandan, semua orang tempatan ingin mengetahui dari mulut Rafizi sendiri mengenai program anak ikan ini serta sama ada program ini mendapat restu dan sokongan daripada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau tidak?
3. Kami juga ingin tahu, adakah logo serta lambang PKR itu sebenarnya adalah gambar mata anak ikan?
Rafizi telah membuka mata orang ramai bahawa logo PKR itu adalah gambar mata anak ikan.

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply