» » » #PRU 13: YAHYA CALON MAMPU MENANG DI MARANG


Pengumuman calon PRU 13 BN Terengganu yang diumumkan seketika tadi tidak berlaku banyak kejutan apabila banyak muka lama yang kekal bertanding mahupun berubah kerusi.

Walau bagaimanapun pencalonan Dato' Haji Yahya Khatib Mohamad sebagai calon P.037 Marang amat mengejutkan apabila beliau yang sebelum ini menjadi ADUN N20 Pengkalan Berangan selama dua penggal dijangka akan bertemu dengan Presiden PAS Dato' Seri Haji Hadi Awang yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Marang.

Yahya yang juga Ketua UMNO Bahgian Marang dijangka akan melakukan kejutan ke atas Presiden PAS itu apabila memenangi kerusi P037 Marang dalam PRU 13 nanti. Kepercayaan PM kepada Yahya merupakan sokongan moral yang amat kuat kepada beliau dalam menghadapi Presiden PAS itu.

Berdasarkan suasana politik semasa BN dijangka merampas kembali kerusi Parlimen Marang daripada PAS apabila PAS sekarang ini dilihat berada dalam situasi yang lemah apabila beberapa pemimpinya terpalit dengan masalah moral yang meruncing ekoran pendedahan video terbaru yang dikaitkan dengan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustaffa Ali.

Walaubagaimanapun rakyat akar umbi penyokong UMNO/BN diseru memberi sokongan penuh kpada calon yang dikemukakan oleh PM ini untuk mewakili rakyat di Marang ekoran kegagalan Presidn PAS membela nasib rakyat di Marang.

Yahya yang pernah menjadi Exco kerajaan Negeri Terengganu dilihat calon yang mampu menang oleh PM dalam PRU 13 kali ini.

Selain itu pencalonan semula Alias Abdullah di kerusi N17 Alor Limbat, Zaidi Muda di N18 Bukit Payong dan calon muka baru Nik Dir Nik Wan Ku di N19 serta calon muka baru N20 Pengkalan Berangan A. Latif Awang dilihat mampu memberi peluang cerah kepada BN Marang untuk menyapu bersih kelima-lima kerusi di Marang.

Team kali ini dilihat mampu untuk melakukan sesuatu untuk menumpangkan keegoan PAS di Marang.

Semoga Allah memberkati dan memberi kemenangan kepada BN.

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply