» » Minta ampun dan berbuat baiklah kepada ibu bapa


23. "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain DIA dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekalli-kali janganlah kamu mengatakan kepada kedua-duanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.*"

24. "Dan rendahkan dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah : "Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil."
-Surah al-Isra’ ayat 23 & 24.

Dalam kehidupan seharian terutamanya kita yang beragama Islam, ketenangan dalaman dan luaran adalah sangat bergantung dengan cara hidup dan hubungan kita dengan kedua ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakat kita. Dalam apa jua keadaan kita seharusnya lebih mengutamakan mereka yang paling berjasa kepada kita terutamanya kedua ibu bapa kita.

Ayat-ayat Al-Quran di atas jelas menunjukkan kepada kita larangan dan tegahan Allah S.W.T agar tidak menderhaka kepada kedua ibu bapa dan tuntutan agar kita sentiasa berbuat baik kepada keduanya.

Ada satu kisah yang menceritakan bagaimana kehidupan seorang yang kaya dan hidup dalam kemewahan tetapi tiada ketenangan dalam hati dan jiwanya dalam menjalani kehidupan terutamanya apabila bersendirian.
Mungkin kerana Allah ingin menunjuk jalan kepadanya dia telah hadir dalam satu majlis ilmu yang membicarakan soal keberkatan hidup dan bagaimana mencari ketenangan dalam kehidupan.

Antara intipatinya ialah jika sekiranya kita solat susah nak khusyuk, hati dan jiwa tidak tenang, kita seharusnya sentiasa muhasabah diri mengapa kehidupan kita menjadi sedemikian. Kita peril muhasabah semula bagaimana hubungan kita dengan kedua ibu bapa kita, adakah kita ini anak yang baik atau sebaliknya.
Jika baik Alhamdulillah tetapi jika kita ini anak yang derhaka maka cepat-cepatlah memohon kempunan daripada kedua ibu bapa kita.
Betapa besarnya dosa menderhaka kepada kedua ibu bapa sehinggakan jika pada malam al-Qadr Allah amat ingin mendengar rintihan dan permintaan hambanya tetapi sekiranya kita ini anak yang derhaka, Allah tidak ingin mendengar doa daripada anak yang derhaka bahkan Allah melaknat mereka yang derhaka kepada ibu bapanya.
Mendengar akan besarnya dosa derhaka kepada ibu bapa, dia terus teringat bahawa ketika dia berumur 17 tahun, dia pernah sekalli menempelak ibunya dengan kata-kata dan tindakan yangtidak sewajarnya keluar daripada seorang anak kepada ibunya.
Dia amat marah kepada ibunya kerana ketika membasuh seluar jeansnya, ibunya tercurah Clorox. Dia lantas berkata kepada ibunya, “dasar orang tua tak ada akal!”. Dan seterusnya melemparkan seluar itu kemuka ibunya.
Dia terus balik ke rumah ibunya dan terus duduk bersimpuh, memegang tangan ibunya dan berkata, “ Mak, saya ingin memohon maaf kepada mak.” Ibunya membalas. “Maaf apa lagi bukankah setiap tahun kamu mohon maaf daripada mak?”
“Mungkin mak lupa tapi ketika saya berusia 17 tahun dulu pernah saya berkata kepada mak, dasar orang tua tidak ada akal dan saya melemparkan seluar ke muka mak.” Ujarnya.
Lalu ibunya menyentak tangannya dan berkata. Kalau dosa itu mak tak akan ampun sampai mati. Biarlan ia dikuburkan bersama-sama dengan jasad mak di dalam kubur.
Begitu mendalam terlukanya hati seorang ibu kerana kelakuan anaknya. Namun melihat kepada kesungguhan anaknya itu memohon ampun daripadanya. Pada satu Subuh, ibunya memeluk anaknya dan berkata kepada anaknya, “mak ampunkan segala kamu.”
Apabila kata-kata itu terkeluar daripada mulutnya ibunya terasa hatinya amat lapang dan tenang dengan setenang-tenangnya dan apabila dia pulang ke rumahnya, dua orang anaknya sedang menunggu kepulangannya. Apabila dia keluar daripada pintu kereta keduanya terus meluru kepadanya dan memohon ampun kepadanya. Dalam usianya yang mengjangkau 50 tahun itu, anak-anaknya amat jarang sekali makan bersama dan bermesra dengannya.
Dalam keadaan itu dia mendongak ke langit dan berkata, “Benarlah kata Nabi Muhammad s.a.w bahawa sekiranya kamu berbuat baik kepada kedua orang tuamu nescaya anak-anak kamu juga akan berbuat baik kepadamu.”
Akhirnya marilah kita sama-sama muhasabah diri kita bagaimana hubungan kita dengan kedua ibubapa kita. Mungkin setiapa tahun kita ada memohon maaf kepada mereka tetapi harus diingat ada perkara yang khusus perlukan maaf yang khusus. Semoga kita diberikan taufik dan hidayah oleh Allah untuk terus berbakti kepada kedua ibu bapa kita.

Oleh: Ustaz Mohd Zafpri bin Daud

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

1 comments:

  1. Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA  dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa
    senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya 1 allah suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL

    ReplyDelete