» » PAS mula jaja ARAK???

Pas Terengganu mempersoalkan kemungkinan Bebas Cukai di Kenyir menjual arak??



Jangan jadi munafik wahai pemimpin Pas dan bloggers upahan pembangkang kerana mereka sendiri yang menyatakan pemberian lesen arak itu menepati tuntuan Islam, malah Pas menuduh mereka yang pertikaikannya sebagai jahil tentang Islam
Kalau kepada orang lainsampai tahap dituduh jahil Islam, sekarang bila ada pula pemimpin Pas sendiri pertikaikan macam pula, tidak jahil mengenai Islam ke?

Yang DiPertua Pas Kuala Terengganu, Wan Shukairi Abdullah yang mempertikaikan perkara itu dalam beberapa blog pembangkang, mungkin jahil atau tidak mendapat maklumat bahawa semasa Pas memerintah negeri Terengganu, kerajaan Pas telah meluluskan 8 lesen arak baru di Terengganu.

Masa itu 5 April 2000, Dato’ Wan Mutalib Embong (Exco Kerajaan Tempata Negeri) sendiri memberitahu kepada sidang bahawa memang Kerajaan Terengganu luluskan lessen arak itu.

Bahkan mana-mana pihak termasuk Umno yang mempertikaikan keputusan kerajaan Pas Terengganu meluluskan lessen arak itu dianggap jahil.

Penulis masih menyimpan kenyataan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Terengganu ketika itu, Zahari Mohamed:


KERAJAAN Pas Terengganu menyifatkan mereka yang menganggapnya bersandiwara dalam meluluskan lesen arak dan snuker di negeri itu sebagai jahil tentang Islam.

Kata setiausaha akhbar kepada MB Terengganu, Zahari Mohamed, ''pendekatan kerajaan Terengganu itu adalah mengambil kira kepentingan kaum bukan Islam dari segi kebebasan beragama dan mengamalkan adat istiadat mereka.

''Kerajaan negeri berhak membenarkan mereka meminum arak kerana menjaga hak kebebasan beragama penganut agama lain di negeri ini''. (kenyataan beliau pada 30 Ogos, 2000).

Kenyataan ini jelas menunjukkan siapakah yang sebenarnya jahil?

Adakah Wan Shukari jahil? Berdasarkan jawapan dari pimpinan Pas Terengganu waktu itu?

Malah markas Pas di Wakaf Tapai pernah menyediakan arak semasa PRU 2004.

Itu di Terengganu., di Kelantan pun sama, malah lebih banyak lagi lesen arak diluluskan oleh kerajaan Pas Kelantan.

Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Allhyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat pernah meluluskan 44 lesen arak di negeri Kelantan.

"PAS mengakui meluluskan 44 lesen penjualan arak di negeri ini dan tidak berhasrat untuk mengharamkan penjualan minuman itu dengan alasan Islam tidak menegah masyarakat bukan Islam menikmatinya" demikian ulasan pihak kerajaan negeri Kelantan.

"Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan kerajaan mengambil duit dari mana." - kata Nik Aziz pada 26 November 1994.

Oleh itu, penulis berharap, pimpinan Pas dan bloggers upahan pembangkang janganlah cuba bersandiwara dalam perkara berkaitan arak ini.

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.

Wallahualam.

Kredit : Lan Bayu

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply