JANJI Palsu Pelan 100 Hari Pembangkang...
Pembangkang mendakwa dalam tempoh 100 hari mereka mengambil alih kuasa (kononnya), mereka akan melaksanakan 10 perkara yang kebanyakannya merupakan satu janji manis yang tidak realistik dan hanya bertujuan untuk memancing undi rakyat.
Mereka mendakwa BN tidak lagi kisah kepada rayat yang banyak dihimpit oleh kos sara hidup yang tinggi kerana pendapatan mereka dikekang oleh pemerintah.
Justeru, perancangan ini dihebahkan sebagai satu alternatif kepada rakyat. Namun, harus diingat bahawa apa yang mereka tawarkan sebenarnya merupakan satu perangkap.
Lihat sajalah kesengsaraan rakyat di negeri-negeri yang diperintah oleh mereka hari ini. Agak melucukan apabila mereka benar-benar beria dalam usaha menarik perhatian rakyat dengan mendakwa mereka akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan dalam Dasar Bersama Mereka.
Nantikan ulasan berkenaan 10 perkara yang dijanjikan dalam Pelan 100 hari Pembangkang...
No comments: