Thursday, May 23, 2013

Pembunuh Sosilawati dihukum gantung sampai mati

SHAH ALAM:  Bekas peguam N Pathmanaban dan tiga pekerja ladangnya dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Empat individu berkenaan didapati bersalah atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Ladang Gadong, Banting pada 30 Ogos 2010.

Wednesday, May 22, 2013

TSUNAMI CINA BAKAL TERIMA TEMPELAKAN ORANG MELAYU!!


Antara strategi yang digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk menutup kegagalan memimpin pakatan pembangkang merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu ialah dengan menyanggah kenyataan tsunami Cina yang disuarakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Anwar cuba mengelak daripada dipertanggungjawabkan oleh penyokong pembangkang terutamanya pengundi Cina atas pembohongan bahawa Pakatan Rakyat sudah pasti akan menubuhkan kerajaan pusat yang baru pada PRU13. Atas keyakinan pengundi Cina terhadap janji manis Anwar maka berduyun-duyun keluar mengundi calon-calon pembangkang dengan harapan tumbanglah Barisan Nasional pada kali ini. Hasil termakan dengan janji kosong Anwar, hanya lima daripada 37 calon MCA memenangi kerusi parlimen yang ditandingi. 




Kesemua kerusi MCA yang kalah dibolot oleh Dap dengan bukan sahaja memperlihatkan peningkatan jumlah kerusi parlimen bagi parti tersebut tetapi juga jumlah undi Cina yang diperolehi. Daripada 28 kerusi Dewan Rakyat yang dimenangi oleh Dap pada PRU 2008 kini ia berjaya merampas 10 lagi kerusi menjadikan jumlah sebanyak 38. Malah Dap mempunyai jumlah kerusi parlimen terbanyak berbanding pas sebanyak 21 dan PKR 30. 

Kejayaan Dap adalah akibat tsunami Cina yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri di mana hanya 3 peratus undi Cina berjaya diperolehi oleh calon-calon BN. Akibat kekalahan paling teruk MCA sejak penubuhan parti itu, tiada seorang pun wakil parti itu dilantik ke dalam Kabinet baru. Jika hampir 100 peratus pengundi Cina memberi undi mereka kepada Dap, Pas serta PKR tidakkah ini dikatakan tsunami Cina atau Anwar terlalu buta atau bebal untuk memahami analisis politik yang semudah ini. 

Hakikatnya pengundi Cina telah tertipu kerana mereka telah terlupa episod hitam pada 2008 apabila Anwar pertama kali membuat janji bahawa kerajaan pimpinan mantan Perdana MenteriTun Abdullah Ahmad Badawi akan tumbang kerana 30 ahli parlimen BN sudah bersedia melompat menyokongnya. Anwar membohongi rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008. 

Permainan wayang Anwar akhirnya terbongkar apabila terbukti beliau telah memperjudikan kesstabilan politik negara dengan mewujudkan satu keadaaan yang tidak tenteram serta gelisah di kalangan rakyat jelata. Natijah daripada episod 16 September 2008, Anwar kini dilihat sebagai badut politik yang tidak boleh dipercayai kata-katanya apatah lagi apa-apa janji-janji yang dibuatnya. 

Malangnya pengundi Cina mudah terlupa akan apa yang berlaku lima tahun dahulu dan sekali lagi mereka telah diperdaya oleh Anwar. Ini berlainan dengan pengundi Melayu yang majoritinya masih menyokong UMNO dan BN serta menolak politik rasis Dap. Pengundi Cina terperangkap dengan wayang kulit yang dimainkan Anwar tanpa menoleh ke belakang melihat kepada sejarah pembohongan politik yang dilakukan oleh beliau sejurus selepas memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh pada Julai 2008. 

Pengundi Cina juga gagal menilai ikatan setiakawan yang sudah terjalin antara UMNO, MCA dan MIC sejak sebelkum merdeka lagi dan kerjasama politik yang berlandaskan kepada konsep menang-menang inilah yang melahirkan sebuah negara yang berdaulat, maju, progresif dan membangun ke hari ini. Generasi muda pengundi Cina seolah-olah terpisah daripada kesinambungan sejarah perjuangan kemerdekaan negara sehingga mempercayai segala segala dakwaan dan fitnah yang direkacipta oleh pemimpin Dap dan pembangkang terhadap BN dalam usaha mereka mengejar kuasa politik. 

Akibat fitnah melampau yang dicanai oleh gerombolan pembangkang yang hanya mementingkan kuasa politik mengatasi kepentingan negara daripada segalanya, pengundi Cina hilang pertimbangan yang rasional dan logik untuk menyokong pembangkang secara muktamad. Mereka hilang pedoman dan pertimbangan politik sehingga mengenepikan asas-asas kenegaraan dan politik negara ini yang tunjangnya adalah ketuanan Melayu. Jiwa rasis Dap telah berjaya diresapkan ke dalam pemikiran dan sanubari pengundi-pengundi Cina tidak kira tua atau muda, matang atau kememeh. 

Dap mungkin menang besar pada PRU kali ini tapi mangsanya adalah masyarakat Cina yang kini dipandanbg seorang oleh orang Melayu. Pengkhianatan yang dilakukan oleh pengundi Cina terhadap UMNO dan BN tidak mungkin dapat dilupakan oleh orang Melayu. Mungkin tsunami Cina telah berlaku dengan mengukuhkan kedudukan kerusi parlimen bagi Dap tetapi tsunami politik yang lebih besar dan dahsyat kini menanti mereka yang melakukan pengkhianatan.

Video Pemuda UMNO Pulau Pinang Terajang Kepala Kera Dalam Jagaan Komunis ?!



Ini adalah bukti gambar yang telah diwar-warkan oleh pemimpin pembangkang. Ironiknya tuduhan pemimpin gampang DAP iatu Ketua Menteri Pulau Pinang pilihan Kaum Cina Pulau Pinang. MKP cuma musykil dengan persepsi yang dinyatakan kumpulan ini adalah PEMUDA UMNO sedangkan tiada fakta atau bukti yang sahih diberikan.

Bangsat sungguh tuduhan yang dinyatakan tanpa sebarang bukti yang sahih dan nyata. Kalau benar itu Pemuda UMNO Pulau Pinang sila kemukakan bukti. Itu pun jika ada bukti jangan pulak buat tuduhan umpama baling batu sembunyi tangan.


Portal Kaldaian Daily pulak buat lawak bodoh dengan mendesak Ketua Pemuda UMNO Malaysia mengambil tindakan terhadap Pemuda berkenaan. MKP musykil kali kedua kenapa pulak AMK Selnagor pulak yang terlebih sudu dari kuah. Mana AMK Pulau Pinang takkan dah hilang teloq!!! Woiii AMK Selangor jangan dok langgar sempadan boleh dak? Awat hampa nie dah tak ada keja nak buat kat Selangor tue ka?



Video nie jelas mengatakan bahawa Pemuda UMNO dan AMK Pulau Pinang bersatu didalam menyelesaikan masaalah. Ada tak bila bertemu atau bersua muka mereka nie bergaduh seperti budak-budak tadika. MKP nasihatkan pada AMK Selangor jangan jadi batu api. Hang duduk kat Selangor jaga Khalid Gagap tue sudah. Jangan dok sibuk Negeri Kami...


Sebaliknya Lim Guan Eng pulak melompat sakan pasal Adam Adli nie, Kenapa? Jawapanya mudah DAP nie berniat nak memburukkan serta membuat persepsi bahawa Polis DiRaja Malaysia mengikut telunjuk Barisan Nasional/UMNO padahal didalam kenyataan media oleh DS Dr Zahid semalam telah menyatakan bahawa KDN tidak lagi masuk campur didalam hal ehwal PDRM selagi tidak melanggar umdang-undang yang telah ditetapkan. 

DAP menerusi Lim GUan Eng mahu DS Dr Zahid Hamidi dipersalahkan? itu motif operandinya. Setelah ketegasan yang ditunjukkan oleh Menteri Dalam Negeri ini Lim Guan Eng gusar kerana ramai lagi bakal pemimpin DAP akan dikenakan tindakan. Tak mustahil suatu hari nanti Tian Chua bakal dikenakan tuduhan dibawah Akta SOSMA.

Itu yang merisaukan Guan Eng sebenarnya. Guan Eng nie jenis cepat panas telinga mungkin ayat dibawah ini membuatkan Guan Eng berdendam dengan DS Dr. Zahid Hamidi.

Tuesday, May 21, 2013

Terima kasih!!! MAS pulak lepas ni!!!


MAS Uruskan Semua Pemeriksaan Doktor, Dokumen Sebelum Bawa Pulang Izan Dan Bayinya
KUALA LUMPUR – Penerbangan Malaysia (MAS) memberi layanan di luar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan semua prosedur bagi membawa pulang dari Vietnam seorang rakyat negara ini bersama bayi perempuan berusia 14 bulan, yang dihalang menaiki pesawat tambang murah.

Izan Suhaila Mohd Ali, 36, dan Mariam Sofea Mohd Reza dihalang menaiki pesawat tambang murah itu di Lapangan Terbang Ho Chi Minh pada Sabtu malam selepas bayi perempuan berkenaan disyaki mempunyai simptom penyakit berjangkit.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata petugas MAS membawa Mariam Sofea berjumpa seorang doktor kerana langkah itu adalah prosedur standard untuk semua penumpang yang memiliki simptom penyakit berjangkit bagi memperoleh sijil layak menaiki pesawat.

Ini bagi memastikan tidak ada penumpang yang mendatangkan risiko kesihatan kepada penumpang lain, katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau juga berkata doktor kemudian mengesahkan bayi itu tidak lagi dijangkiti dan sudah melepasi tempoh inkubasi manakala bintik hitam di tubuh Mariam Sofea sebenarnya keruping.

“Sejurus selepas itu, MAS membantu menyediakan dokumen perjalanan untuk Izan, Maryam Sofea dan dua lagi saudara mereka. Mereka ditempah untuk penerbangan MH759 yang berlepas dari Ho Chi Minh pada Ahad agar tidak perlu lagi bermalam di sana sekali gus terpaksa berbelanja lebih,” katanya.

Ahmad Jauhari berkata petugas MAS dari Saigon turut menghantar keluarga itu ke lapangan terbang dari hotel mereka, dan apabila tiba di lapangan terbang, pasukan perkhidmatan di situ sudah bersedia dengan semua dokumentasi yang diperlukan bagi memastikan daftar masuk pantas.

“Seorang petugas diarah mengiringi keluarga itu bagi pemeriksaan Imigresen dan Kastam. Ini penting kerana terdapat persoalan berhubung cop dalam pasport mereka berikutan insiden hari sebelumnya,” katanya.

Izan dan keluarganya berjaya menaiki penerbangan MH759 dan berlepas dari Saigon ke tanah air pada 4.40 petang.

Ahmad Jauhari berkata pihaknya gembira pasukan petugas MAS di Saigon memberi layanan mesra 100 peratus ala Malaysia dalam situasi ini.

Beliau berkata keupayaan pasukan itu bertindak di luar tugas mereka perlu dipuji, dan turut membanggakan mereka tidak melanggar mana-mana peraturan dalam prosedur standard.

“Saya secara peribadi ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua petugas yang terlibat secara langsung dalam kes ini,” katanya.

Penerbangan MAS berlepas ke bandaraya Ho Chi Minh tiga kali sehari. – BERNAMA

Apa rahsia besar DAP yang Karpal bimbang dibocorkan olen Tunku Aziz



Pembangkang berkata bahawa PRU-13 lalu adalah tentang perubahan, maka suka penulis menyatakan bahawa mereka berkata benar.  Sedar atau tidak, kita semua sedang meniti perubahan itu.   Perubahan yang dimaksudkan bukanlah dari segi landskap atau struktur pentadbiran negara tetapi dari segi minda masyarakat.

PRU-13 membuka mata semua pihak dan membantu kita mengenali sesama kita dengan sebenar-benarnya.  PAS kini tahu siapa DAP, DAP kini tahu siapa PKR dan begitu juga sebaliknya.   Kerajaan juga kini sedar siapa kaum Cina tak kira DAP, MCA atau Gerakan.  Dan Cina juga kini tahu siapa Melayu PAS, Melayu UMNO dan Melayu PKR.

Cuma yang mungkin masih tidak tahu apa-apa adalah Cina DAP produk SJKC yang  ke hulu ke hilir berkabung dengan baju hitam sambil menganga mendengar Anwar berucap membawa harapan ‘Ketuanan Cina’.  Kita biarkan anak-anak Cina produk SJKC itu terus percaya apa yang mereka ingin percaya kerana mereka bukannya bijak sangat untuk diajak berbicara.

Namun, dengan ‘perubahan’ yang berlaku ini, inilah diseru agar semua pihak yang bijak,  waras dan matang agar berhenti dari menjadi hipokrit.  PAS tidak perlu lagi berpura-pura berjuang demi Islam, PKR tidak perlu berpura-pura berjuang demi keadilan dan DAP tidak perlu berpura-pura berjuang demi ketelusan.   UMNO dan MIC juga tidak perlu lagi berpura-pura percaya kepada kepura-puraan MCA dan Gerakan.   Ayuhlah kita semua berjuang atas kebenaran yang sebenar-benarnya.

Hari ini, BN sudah pun mula bekerja dan PAS sudah pun mengambil keputusan untuk ‘senyap’ sahaja.   PKR bagaimanapun, memilih untuk menafikan kekalahan dan terus berlawan.

Dan yang masih belum pasti hala tujunya adalah DAP.  Di kala pemimpin DAP yang menang PRU  sudah mengangkat sumpah dan menafikan menyokong himpunan haram, anak muda Cina totok DAP pula terus berhimpun bersama Anwar/PKR menentang keputusan PRU.  

Oleh itu, apa yang dapat kita simpulkan ialah, mungkin masih tiada arahan rasmi dari Tokong Lim kepada anak-anak Cina totok ini untuk meninggalkan Anwar di pentas keseorangan.   Mungkin DAP sebenarnya masih mengharapkan Anwar dapat melakukan sesuatu untuk menggulingkan kerajaan dalam masa terdekat ini.

DAP kini sedang bergelut dengan kebangkitan orang-orang Melayu yang sudah ‘mengenali’ mereka.   Rata-rata, ancaman mereka dengan menggunakan label ‘rasis’ terhadap sesiapa sahaja yang mempersoalkan tindakan mereka tidak lagi berjaya.   Malah, ugutan mereka untuk mengambil tindakan undang-undang juga sudah tidak dipedulikan lagi.   Ini kerana, setiap kali mereka menuduh orang lain rasis, setiap kali juga sikap rasis mereka terserlah semakin jelas.

Sikap DAP ini tidak ubah seperti sikap Yahudi yang melabel sesiapa sahaja yang mempersoalkan tindakan Zionis merampas tanah Palestin sebagai rasis dengan merujuk kepada peristiwa ‘holocaust’.  Sedangkan, semuanya hanyalah lakonan untuk menutup agenda jahat mereka sendiri.

Taktik yang sama juga diguna oleh DAP dan ianya terbukti apabila Karpal Singh menyuruh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz agar menutup mulut dan tidak mendedahkan ‘rahsia’ DAP.  

Hakikat bahawa DAP sedang berahsia dengan rakyat amatlah menarik kerana parti tersebutlah yang paling lantang melaungkan ‘ketelusan’ seolah-olah mereka melakukan segala-galanya secara terbuka dan tiada apa-apa yang perlu disembunyikan.  Justeru, apabila Karpal mengakui bahawa DAP mempunyai ‘rahsia’, segala hipokrasi DAP pun terbukti.

Tidak cukup dengan itu, Karpal juga mengugut akan mengambil tindakan ke atas Tunku Aziz sekiranya ‘rahsia’ itu didedahkan kepada umum.

Apa yang pasti, ‘rahsia’ DAP itu tentulah bukan sesuatu yang baik untuk rakyat.  Jika tidak, kenapa DAP perlu merahsiakannya?

Jadi, kita ingin bertanyakan kepada Karpal Singh, di manakah ketelusan yang dilaungkan DAP, jika parti sendiri penuh dengan rahsia?  Dan di manakah kebebasan bersuara yang dilaungkan DAP jika sesiapa yang bersuara akan disaman, didenda, diugut dan diancam?

Sebagai sebuah parti politik yang berazam untuk menjadi pemerintah, DAP tidak wajar berahsia dengan rakyat.  Lebih-lebih lagi jika DAP ingin terus melaungkan ketelusan dan kebebasan dalam perjuangannya.  

Seperti yang dikatakan di atas, politik Malaysia sedang mengalami perubahan di mana kita semua kini bermain atas landasan ‘berterus-terang’ selaras dengan matlamat kita untuk menjadi negara maju.  Jika DAP masih memilih untuk berpura-pura baik, telus, bersih dan tidak rasis maka DAP akan ketinggalan dalam arus politik semasa sedangkan semua orang tahu sudah siapa DAP yang sebenarnya.

Sudah sampai masanya kita semua berkata benar dan berani mempertahankan apa yang kita anggap benar itu serta biarkan rakyat memilih sendiri ‘kebenaran’ manakah yang mereka mahukan.  Lagipun, bukankah DAP juga yang melaungkan ‘ubah’?  Justeru, kita menyeru DAP agar berubahlah dengan berkata benar.  Ada berani?

Wan Muhammad Azri nafi dirinya papagomo

KUALA LUMPUR: 
Wan Muhammad Azri Wan Deris yang disaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung paparan video seks dengan seorang lelaki, menafikan beliau pemilik blog 'Papa Gomo'.

Wan Muhammad Azri, 30, menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan semalam di Mahkamah Tinggi di sini berkata alamat kediaman yang dinyatakan menerusi saman itu juga bukan miliknya dan beliau tidak pernah mengenali Anwar secara peribadi.

Beliau turut menafikan pernah menyiarkan sebarang perkataan atau imej berunsur fitnah terhadap Anwar serta tiada sebarang niat jahat untuk merosakkan reputasi Anwar sepertimana didakwanya.

Peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar memberitahu pemberita bahawa dalam prosiding hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong telah menetapkan 5 Jun untuk pengurusan kes.

Pada 21 Mac lepas, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog www.papagomo.com pada 16, 17, 19 dan 20 Mac lepas.

Selain ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, beliau memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej berkenaan.

Sultan Johor Di Gelar "Berhala Johor" !! Rakyat Johor Tengok Je ?



Sumber, klik d SINI

Video