» » Berjubah: Ikut Sunnah atau Berdrama...


Pemimpin berjubah pendokong utama rentak kebangkitan komunisme yg didalangi parti yg jelas anti Islam & Melayu.. DAP ganti PAS.

Garapan bahasa yang cukup indah untuk diterjemahkan disebalik persahabatan DAP dan PAS.

Suatu ketika dahulu DAP merupakan parti yang paling lantang menentang Islam dan Melayu manakala PAS pula satu parti yang begitu extreme berkenaan Islam.

Tapi hari ini segala-galanya berubah apabila kedua-duanya mengendurkan nada agenda perjuangan masing-masing dengan menjalinkan persahabatan.

Tetapi persoalannya ialah mengapakah semua itu terjadi???

Adakah kerana ingin  membela rakyat?
Adakah ada agenda yang tersembunyi?
Adakah kerana kuasa?
Adakah kerana ingin mengabui mata rakyat?

Dahulunya ada pemimpin DAP menyatakan.... "Langkah mayat aku dulu jika inginmenbuhkan negara Islam.."
Manakala ada pemimpin berkata... "menjadi kafir jika berkawan dengan kafir..."

Apakah sebenarnya hasrat atau tujuan disebalik semua yang berlaku... Jika berlaku PRK jentera PAS akan bertungkus lumus menjalankan kerja, berkempen untuk mencapai kemenangan walaupun yang bertanding bukan dari PAS. tetapi adakah DAP mahupun PKR turut sama berkempen dalam PRK jika calon PAS yang bertanding. Dalam semua keadaan jentera PAS bekerja seolah2 calon PAS yang bertanding tetapi apabila bukan calon DAP mahupun PKR yang bertanding adakah jentera DAP dan PKR bertungkus lumus membantu calon PAS???

Semua ini terbukti dalam tiga PRK yang terakhir... Dalam kempen parti pembangkang PAS seolah-olah berjuang bersendirian. Jika adapun jentera PKR yang berkempen, mereka hanya berkempen untuk Anwar Ibrahim sahaja.

Dapat dilihat bahawa PKR mahupun DAp tiada keikhlasan dalam membantu PAS sebagai satu pakatan sepertimana yang diwar-warkan...

Pemimpin PAS berkempen dengan imej Islam... tetapi pakaian yang dipakai tidak mencerminkan Islam yang sebenar apabila dari mulut mereka keluar pelbagai perkataan kesat mencela orang itu dan orang ini. Adakah ini ditakrifkan sebagai membela Islam...???

DAP pula sering memainkan isu perkauman apabila berkempen.

Tidakkah PAS sedar apa yang mereka lakukan ini sudah memakan diri. kekalahan calon PAS di 3 PRK yang terbaru ini jelas membuktikan bahawa PAS sudah hilang sokongan masyarakat Melayu Islam kerana perbuatan mereka sendiri. Manakala DAP masih lagi menjadi pilihan masyarakat Cina disebalik sentimen kerkauman yang mereka mainkan.

PKR pula melalui zaman sukar apabila parti yang dikatakan membela keadilan rakyat ini semakin hari semakin berderai. PKR hanya bergantung kepada DAP dan PAS.

Realitinya hari ini PAS yang merupakan parti Melayu kedua terbesar di Malaysia hanya dipergunakan atau dengan kata lain hanya diperkudakan oleh DAP dan PKR demi mencapai matlamat mereka.

Ini terbukti dengan pelancaran buku jingga yang mana menurut laporan seorang pemimpin PAS, isi kandungan buku jingga tiada satupun tuntutan dan perancangan PAS yang dimasukkan di dalamnya...

Setakat ini dulu celoteh saya pada kali ini.....

About Kalang Cat

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply