Thursday, March 31, 2011

Video Lucah Pemimpin PAS keliru...

 
Percanggahan pendapat antara pemimpin tertinggi Pas berhubung penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat video aksi seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang membuktikan mereka kini sedang keliru.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, pemimpin PAS yang tidak bersetuju dengan penubuhan suruhanjaya tersebut mempunyai agenda untuk menyembunyikan sesuatu dan berkompromi sesama mereka daripada mengelakkan sesuatu daripada diketahui umum.

"Sebagai pemimpin kanan dalam PAS, mereka sepatutnya malu kerana menolak cadangan baik daripada pemimpin muda PAS yang mahukan kebenaran dibuktikan untuk kebaikan rakyat," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas percanggahan pendapat pimpinan Pas dalam mencari penyelesaian terhadap isu video seks tersebut.

Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali secara sinis berpendapat negara ini tidak mempunyai cukup orang yang berintergriti untuk menanggotai suruhanjaya berkenaan.

Apa yang Laskar Pelangi ingin katakan, "Berani kerana Benar, Takut kerana Salah.... Fikirkanlah.....



No comments:

Leave a Reply