Thursday, April 7, 2011

Alahai Hikayat Sang Penipu...

gambar hiasan...

Saya ingin kongsikan satu artikel yang saya dapat dari rbf online dan x-pkr untuk tatapan pembaca blog Naluri Rakyat.

Saya berpendapat pendedahan yang dibuat oleh mereka  ini boleh memberi manfaat kepada semua pencinta kebenaran. 

1. AnWAR ditangkap Sept 1998 dan hanya keluar dari penjara pada Sept 2004. Ke merata sudut negara dan dunia Azizah menjaja yang AnWAR menderita sakit semasa di penjara. Apa yang Azizah tak kata waktu itu, bermula dari suntikan HIV yang konon diberi kepada AnWAR, arsenik dan sakit tulang belakang!

2. 'Trademark' ucapan Azizah ketika itu, "Kami baru saja kembali dari penjara, abang anuar sgt uzur dan kirim salam pada semua, Hana (anak bongsu AnWAR) tak mau berjumpa dengan papanya, pihak penjara tidak benarkan kami berjumpa secara terus, hanya melalui cermin saja". Banyak yang hafal dialog ini biarpun Azizah belum memulakan ucapannya.

3. Boleh tahan juga Azizah bermain dengan emosi penyokong bagi menarik simpati! Riak mata, lentok kepala, lenggok badan dan ucapan yang lemah lembut diguna bagi menarik simpati, w/pun rata-rata mengatakan ucapan Azizah tidak menarik langsung! Berulangkali kali secara konsisten Azizah katakan AnWAR sangat uzur ketika di penjara ketika itu.

4. Kini, 2 hari lepas, Azizah mengatakan AnWAR bersenam semasa di penjara hingga ototnya menjadi kuat! Mana-mana Maharaja Lawak di dunia ini takkan mampu menandingi lawak Azizah dua hari lepas. Betapa dahsyatnya senaman AnWAR semasa 1998-2004 (dlm penjara), mampu bertahan hingga Feb 2011 (spt waktu didakwa dlm video).

5. Otot yang dibina itu pastinya diasaskan dari pemakanan yang sihat dan seimbang. Manakala AnWAR sering mendakwa makanan di penjara amat tidak menyelerakan selain hanya memakan tamar yang dibekal keluarga terutama ketika Ramadhan! Juga AnWAR mendakwa sering meminum air zam-zam utk mengenyangkan kerana tidak menjamah makanan penjara.

6. Apakah mungkin dengan amalan minum madu asli, AnWAR dapat mengekalkan otot-otot badannya agar kelihatan tegap w/pun sudah menjangkau umur 64 tahun. Azizah sebagai doktor (w/pun doktor mata dan tidak praktis lagi) perlu membuktikan dakwaannya kerana susuk tubuh manusia yang agak berumur adalah normal spt dalam video.

7. Ketika AnWAR kesana-sini, malahan ke seluruh dunia mengatakan beliau punya masalah sakit pinggang yang kronik hingga adakalanya terpaksa memakai bengkung pinggang di luar (spt superman pakai seluar dalan diluar) agar kelihatan kepada umum, beliau masih sempat bersenam berat untuk mengekalkan otot-ototnya.

Jika beginilah gambaran Azizah tentang suaminya, benarlah telahan beliau, AnWAR memang manusia anugerah tuhan!, termasuklah dengan jam tangan OMEGA yang dianugerahkan tuhan kepada rakyat Malaysia untuk menilai siapakah manusia AnWAR dan Azizah ini......

laporan lanjut boleh klik link di atas...

Sampai bila mereka harus berbohong dan sampai bila rakyat harus tertipu dengan pembohongan mereka. kalau kita renung. PM kita jarang sekali dilihat mengulas isu yang melibatkan kes seks depan belakang Anwar ini malah lebih banyak mendekati rakyat dengan memberi penekanan kepada aspek pembangunan dan ekonomi demi kepetingan rakyat.

Berbeza dengan gelagat sesetengah pemimpin pembangkang yang asyik memberi tumpuan kepada masalah Anwar benbanding memberi pandangan kepada kerajaan untuk memberi penambahbaikan kepada sistem kerajaan demi kesenangan rakyat secara keseluruhannya.

Siapa yang lebih banyak bekerja untuk rakyat Kerajaan BN atau pembangkang? 

Apa yang pasti pembangkang di Malaysia ini hanya indah khabar dari rupa kerana mentaliti pemikiran mereka tiada kualiti pendek kata ibarat cerdik tidak boleh tumpang, bodoh tidak boleh diajar...

Berani kerana benar...


1 comments: