Sunday, April 24, 2011

DAP RASIS



Chauvinis DAP semakin gelabah dituduh parti perkauman ...

Bila Tun Mahathir dan Utusan Malaysia memulakakan langkah menyerang parti chauvinis DAP dengan menggelar sebagai parti rasis & perkauman di atas kemenangan mereka di Sarawak , ramai orang Melayu dari bandar hingga ke kampung telah membuka mata. Pengaruh Tun M dikalangan orang Melayu baik di dalam UMNO mahupun golongan atas pagar jelas cukup ditakuti oleh adik parti PAP Kuan Yew ini .

Semua orang bercerita baik di kedai kopi dan pejabat mengenai kemenangan dasar perkauman DAP di Sarawak bagaimana mereka hendak berkuasa di Sarawak dengan memainkan sentimen kuat perkauman . Ini membuatkan pemimpin ultra kiasu DAP seperti Guan Eng sudah mula risau dengan gelombang rasis DAP ini .

Sebelum ini DAP dan Guan Eng sering menuduh UMNO dan pemimpin2 nya sebagai rasis , kini rasis itu sudah kembali semua kepada mereka . Malah lebih teruk ada yang sudah mula melabelkan parti ini tidak ubah seperti parti komunis!

Aku juga mendapat maklumat sejak gelaran DAP rasis ini bergema , banyak aktiviti-aktiviti program kerajaan negeri diboikot dan tidak mendapat sambutan rakyat negeri ini terutama orang Melayu . Dari konsert Ning Baizura di PISA yang gagal , hingga ke program gerak kerja perdana TKM 1 Mansor Othman di kawasan DUN nya sendiri iaitu Penanti . Selepas itu , dihantar pulak sebuah bas dari PP yang mungkin ahli PKR di sana bagi meramaikan program itu .

Selain itu, program Guan Eng memberi wang RM 100 kepada warga emas juga dikhabarkan diboikot oleh warga emas di beberapa kawasan yang bimbang sumber wang itu mungkin bersumber duit judi seperti tahun lepas .

Ini lah yang dibimbangi Guan Eng dan DAP jika parti mereka terus dilabel parti rasis . PAS dan PKR sudah tidak mampu lagi menarik sokongan Melayu lagi untuk menyatakan big brother mereka ini DAP tidak rasis .

Teruskan usaha ini !! Sebar dan ceritakan kepada semua orang Melayu bahawa parti ini bahaya kepada orang Melayu kerana mereka adalah parti perkauman !!!



sumber: Anti PKR Club (APC)

No comments:

Leave a Reply