Friday, April 8, 2011

HANGAT: LPT 2 bakal dibuka hujung tahun ini...

Menteri Besar bersama rombongan meilhat peta LPT dari Gemuroh-Tepoh-Bukit Besi yang dijangka akan dibuka pada akhir tahun ini kepada pengguna. - Foto: Syed Abdul Rahman.

Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) fasa 2 dari persimpangan Gemuroh, Tepoh menghala ke persimpangan Bukit Besi, Dungun dijangka dapat dibuka untuk kegunaan orang ramai selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Laporan Lanjut KLIK DI SINI...

Alhamdulillah ini berita baik untuk semua rakyat Terengganu khasnya dan seluruh pengguna LPT amnya. 

Dengan pembukaan LPT 2 ini, banyak urusan dapat dipermudahkan dan masa pun dapat dijimatkan.

Kepada mereka yang sering ulang-alik ke Kuantan mahupun Kuala Lumpur pembukaan LPT ini sudah tentu memberi 1001 makna dalam urusan dan kehidupan seharian mereka. 

Psssstttt: 

LPT 2 sepatutnya dapat disiapkan lebih awal jika pembinaannya tidak tergendala semasa pemerintahan PAS di Terengganu. banyak urusan yang sepatutnya mudah menjadi sukar kerana karenah birokrasi yang diwujudkan oleh kerajaan PAS pada ketika itu.

Inilah sebenarnya nikmat di atas majoriti rakyat Terengganu yang tahu erti bersyukur dan Alhamdulillah maka kerana itu Allah telah melimpahkan pelbagai nikmat kepada rakyat Terengganu khasnya melalui pentadbiran yang bijaksana kepimpinan kerajaan UMNO/BN yang ada pada hari ini.

Sesunggunya kami bersyukur Ya Allah dan kami juga berterima kasih kepada kepemimpinan kerajaan negeri UMNO/BN. ALHAMDULILLAH...

No comments:

Leave a Reply