Wednesday, April 20, 2011

HANGAT: PAS Terkedu...???

Alhamdulillah Kerajaan Malaysia telah sekali mendapat pengiktirafan di atas komitmen untuk megembangkan dan mengembalikan kegemilangan Islam.

"Imam Besar Masjidil Haram Dr Abdulrahman Abdul Aziz Assudes yang dalam lawatan lima hari ke negara ini, memuji usaha kerajaan Malaysia yang bukan saja mengangkat martabat Islam tetapi juga memberi keadilan kepada penganut agama lain.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata perkara itu disampaikan imam besar tersebut kepadanya pada pertemuan mereka."
Adakah Dr. Abdulrahman ahli UMNO? Kenapa agaknya beliau memuji usaha kerajaan ini yang sering dipandang sepi malah dibangkang dan diperli oleh PAS.
Adakah Dr. Abdulrahman ini tidak akan masuk syurga kerana memuji dan menyokong usaha kerajaan yang suci dan murni tersebut. Adakah Dr. Abdulrahman ini tidak akan masuk syurga kerana tidak menyokong PAS kerana tiada pun Parti PAS di Arab Saudi. 
Imam Besar Masjidil Haram itu bukan Mursyidul Am PAS, bukan juga Presiden PAS apatah lagi ahli PAS. Dr. Abdulrahman bukan calang-calang orang dalam hal ehwal Islam. Kalau beliau bukan orang yang berkelayakan sudah pasti tidak akan terpilih. 
Satu persoalannya... Adakah sama taraf Mursyidul AM PAS dengan Imam Besar Masjidil Haram tersebut.
Tapi apa yang pasti kalau kita rasa kita ini hebat pasti ada orang lain yang lebih hebat daripada kita. Jangan sesekali kita Takbur dengan ilmu yang kita ada. Ilmu bukan untuk dibanggakan tetapi ilmu untuk dikongsi dan diamalkan.
Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling tinggi taqwanya di sisi Allah. 
Jika tinggi ilmu tetapi tidak beramal dengan ilmu yang ada tiada gunanya. Ibarat kata pepatah Arab: "Ilmu tanpa amal seperti pohon yang tidak berbuah."
Walaupun aku bukan orang yang hebat dalam ilmu agama, tapi aku tahu menilai yang mana kaca dan yang mana permata...
Renung-renungkan dan selamat beramal...

No comments:

Leave a Reply