Thursday, April 14, 2011

EKSLUSIF: Terengganu meniti kegemilangan...



Mac lalu genap tiga tahun Datuk Seri Ahmad Said menerajui kerajaan negri yang bermula sarat dengan kontroversi apabila beliau yang bermula dari arier politik yang hampir dipadamkan, diakdirkan disuluh menjadi pengganti.

Ketika itu sebahagian besar barisan pemimpin kalangan parti berpaling muka. Keupayaannya cuba disangsikan dan diselubungi pelbagai persepsi, justeru bagi yang kurang menyenanginya, pelantikan beliau seolah-olah sesuatu yang sulit dan sukar untuk dipercayai.

Tentunya salam rentetan sejarah peribadi, keluarga dan negeri yang dicatatkan tanpa diduga, tidak sebagaimana MB yang lain, jawatan yang disandangnya  bermula dalam keadaan cukup sukar malah amat mencabar.

Sejurus selapas mengangkat sumpah, beliau berikrar memikul tanggungjawab terhadap rakyat dan memeragi kemiskinan sama ada yang jelas mahupun yang tersembunyi dari pandangan.


Di kalangan orang yang mengenalinya, anak "tok nyadat" yang dilahirkan di Telok Kalung, Kemaman ini sudah cukup dibekalkan dengan kecekalan mendepani gelora itu berdasarkan latar kehidupan dan pengalaman sepanjang perjalanan politiknya.

Dengan penampilan dan perawakan yang bersahaja, ada yang berpendapat beliau tiada bezanya dengan orang kebanyakan yang lain melainkan jika dia terpaksa berkot dan tali leher di pejabat menerima tetamu ternama atau memenuhi undangan rasmi.

Selebihnya beliau tetap "Mat" bagi Pak Ngah Ali dan Mak Su wook di kampung apabila beliau sesekali singgah menjengah bertanya khabar, masih anak kampung bersifat tipikal Terengganu yang tidak pernah merasa janggal dengan pertuturan lighat negerinya di mana sahaja.

Sering mudah berterus terang tanpa menyembunyikan rasa kecewa, marah, kesedihan dan kegembiraan bila berdepan dengan apa yang dilihat, didengar dan diketahui. Kerap pula menjengah bila ada yang dilanda musibah.

Lulusan Sains Politik ini tidak pula kedengaran bercakap dengan mengungkap bahasa dan istilah tinggi bagi memaknakan setiap yang ingin diyakinkan kepada rakyat. Justeru Ahmad akan sentiasa mudah diperkecilkan termasuk dengan gelaran MB tak berprotokol atau pemimpin atau politikus bertaraf rendah.

Namun beliau seakan tidak ambil peduli dan semakin lama, semakin ramai yang kembali mendekati atau setidaknya, tidak lagi begitu memusuhi atau mengusutkan lagi pentadbiran negeri. Gembar-gembur tidak menentu soal kedudukan yang dicanangkan termasuk oleh pebangkang semakin lenyap apabila hanya alasan sengketa dalaman dijadikan sandar harap untuk meyakinkan rakyat untuk menukar kerajaan.


Soal kononnya kerajaan mengabaikan kesejahteraan rakyat dengan hanya mengutamakan projek mega bagi memenuhi kantung kroni yang kerap dilaungkan tidak lagi jelas kedengaran, seolah-olah ia sukar untuk terus dijadikan mainan pembangkang untuk meraih keuntungan politik.

Justeru kerajaan pimpinannya pula dikatakan lesu dan buntu  dlam menggerakkan ekonomi kerana tidak begitu didengar projek-projek besar. Beliau cuba diserang dengan soal pemberin atap kepada rakyat, galakan menanam kelapa sawit di laman rumah dan projek penyelidikan ubi gadung dan jagung yang dianggap remeh namun ia bayangan Ahmad mendasari rakyat.

Ketika pembangkang cuba membangkitkan gelombang ke arah perubahan itu, Ahmad juga melihat ia tidak perlu begitu diberi perhatian kerana apa yang dilakukan oleh kerajaan dalam pelbagai aspek bagi kepentingan rakyat boleh menjawab balas ceramah-ceramah politik.

Pembangunan fizikal untuk mentransformasi Terengganu sebagai suatu negeri dan rakyat yang dinamik sudah banyak digerakkan dengan pelaburn yang begitu besar di zaman Datuk Seri Idris Jusoh, cuma diera Ahmad Said, ia lebih terarah untuk pengisiannya.


Justeru selama 3 tahun memimpin, beliau meletakkan teras pendekatan Merakyatkan pentadbiran dan pembangunan yang perlu diterjemahkan dengan tanggungjawab semua jentera pelaksana. Selain pimpinan politik di semua peringkat, ia tentunya melibatkan kalangan pegawai dan kakitangan keseluruhannya dan beliau teryata senang dengan tahap kesedaran mereka.

Bidang pendidikan  terus diberikan tumpun utama kerajaan negeri, jika dibandingkan dengan negeri lain, kerjaan negeri mengeluarkan peruntukan yang tertinggi setiap tahun untuk mencemerlangkan akademik dan sahsiah pelajar agar melahirkan generasi terdidik dan seimbang.

Baginya ia menjadi asas kepada kesejahteraan menyeluruh kehidupan rakyat dan untuk ke sekolah, rangsangan bermula dengan pakaian seragam sekolah yang sempurna, lalu setiap tahun lenih 100,000 pelajar menerima sumbangan sedemikian tanpa mengira fahaman dan latar belakang politik ibu bapa pelajar.

Ia proses yang berpanjangan dan rentetan kecemerlangan diperlihatkan dalam semua peperiksaan awam namun kerajaan menyedari masih banyak potensi mereka yang belum digilap. Ia sejajar dengan hasrat menjadikan Terengganu negeri anjung ilmu dan untuk memastikan ia tidak terencat, negeri ini perlu terus mempunyai keupayaan kewangan sendiri.


Misalnya Yayasan Terengganu mengusahakan tanaman sawit kira-kira 50,000 ekar dengan jangkaan keuntungan antara RM 50 juta hingga RM 80 juta setahun untuk menampung keperluan agensi itu bagi pembangunan pendidikan dimasa depan.

Taman Ilmu di Besut yang sedang disiapkan menelan kos RM 400 juta sedang dirancang untuk menempatkan kampus-kampus yang bakal menjadi bandaraya universiti. Kerajaan juga memperkenalkan ebook bermula dengan murid di peringkat sekolah rendah dan rakyat menerima dengan baik me arah menjadikan Terengganu brtaraf dunia dengan memanfaatkan teknologi.

Pelbagai lagi insentif adn kemudahan diperkenalkan bagi melorongkan lagi kejayaan berterusan bagi setiap pelajar mencatatkan kecemerlangan, juga bagi melanjutkan pelajaran dengan pemberian biasiswa dan penghantaran lebih ramai pelajar ke luar negara.

Kesejahteraan juga diukur dengan tahap kesihatan rakyat, justeru peruntukan bagi melengkapkan kemudahan rawatan disediakan dinegeri ini malah dana khas bagi pesakit kronik yang memerlukan rawatan segera dengan kos yang tinggi diwujudkan bagi golongan kurang berkemampuan.


Begitu juga dengan membudayakan sukan di mana anak negeri telah membuktikan keupayaan mereka dengan menjadikan negeri ini sebagai kiasa baru sukan dengan berterusan menjuarai SUKMA di samping kemunculan jaguh-jaguh dalam pelbagai lapangan yang mengharumkan nama negara.

Beliau menekankan perlunya negeri tidak bergantung kepada sumber petroleum dan gas kerana sumber itu tidak mungkin berkekalan. Justeru sumber baru terutama pelancongan dengan potensi yang begitu besar bersandarkan kekayaan alamnya yang belim dieksploit sepenuhnya.

Tasik Kenyir yang dahulunya terbiar, akan dimajukan sepenuhnya dan telah mendapat kelulusan untuk dijadikan tasik bebas cukai yang pastinya akan menelan kos yang besar dan diyakini akan menjadi destinasi pelancongan yang terkemuka, unik, setanding malah lebih hebat daripada kawasan lain.


Beliau menterjemahkan, tasik itu akan menjadi ikon pelancongan negara dengan limpahan kemasukan pelancong berkali ganda yang sekali gus akan memesatkan penjanaan ekonomi begeri di samping menarik penglibatan rakyat dengan lebih meluas.

DS Ahmad Said memang bukan pilihan UMNO pada awalnya namun beliau berusaha menepis kritikan dengan cuba melakukan apa yang dianggapnya suatu yang lebih dekat kepada rakyat dengan cara dan gayanya. Beliau seronok turun padang. - UTUSAN (14 April 2011)

PS:
NR sebagai warga dan rakyat Terengganu berbangga memiliki barisan kepimpinan yang berjiwa besar, berdedikasi dan terus memela nasib rakyat. Corak  pentadbiran kerajaan UMNO/BN yang kini diterajui oleh YAB Daruk Seri Ahmad bin Said kini jauh berbeza dengan corak pentadbiran kerajaan PAS Terengganu yang pernah mentadbir Terengganu suatu ketika dahulu.

Kerajaan hari ini lebih menjiwai dan mesra rakyat berbanding tahun 1999-2004 yang mana seperti semua sedia maklum ketika itu kerajaan PAS Terengganu terlalu banyak berpolitik daripada membela nasib rakyat Terengganu. 

Rakyat Terengganu tidak sesekali akan lupa Tragedi hitam 1999-2004. 

Wallahu A'lam...

No comments:

Leave a Reply