Tuesday, April 19, 2011

PANAS: e-Kasih ... Persoalannya???

gambar hiasan...

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana tidak berputus asa  untuk mencapai tahap sifar miskin tegar di Malaysia. Walaupun usaha tersebut sudah membuahkan hasil dengan penurunan kadar miskin tegar, tetapi banyak kedengaran suara-suara sumbang yang sedikit sebanyak telah memberi impak yang negatif kepada  kerajaan BN.

Memang tidak dinafikan golongan ini majoritinya tinggal di luar bandar namun ada juga yang tinggal di bandar dan di pinggir bandar. 

Hasrat dan objektif kerajaan secara dasarnya amat baik. Namun adakah kaedah perlaksanaannya mencapai maksud sepertimana yang direncanakan. Apa yang menjadi persoalan ialah kenapa senarai orang yang tidak sepatutnya ada dalam senarai itu boleh berada di dalamnya manakala mereka yang layak dinafikan hak untuk menerima bantuan. Sebagai contoh di tempat NR orang yang hidup senang lenang memiliki kereta dan melanggan ASTRO.

Sedangkan orang yang hanya bekerja sebagai buruh dikampung dinafikan haknya dalam senarai e-Kasih. Malah apabila diperiksa di dalam sistem di dapati maklumat pendapatannya ialah RM 15000 sebulan. Sudah beberapa kali ulang alik ke pihak yang berkenaan namun maklumatnya masih sama walaupun telah dikemaskini.

Di tempat NR juga penerima bantuan untuk e-Kasih adalah majoritinya ialah penyokong pembangkang (PAS) dan perkara ini telah menimbulkan tanda tanya dan kemarahan penyokong UMNO dan mereka merasakan seperti dianak tirikan oleh kerajaan. 

Apabila dibawa ke atas, pihak yang berkenaan menyatakan senarai nama berkenaan di bawa oleh JKKK sedangkan yang pastinya nama yang sekian lama diangkat oleh JKKK masih tiada dalam senarai e-Kasih. 

Namun setelah dibuat kajian sikap ke atas beberapa staf yang menguruskan perihal e-kasih ini di beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan ramai dikalangan mereka adalah penyokong pembangkang yang majoritinya PAS.

Jadi diharapkan kerajaan dan orang atasan jabatan dan agensi kerajaan yang terbabit mengambil tindakan yang sewajarnya dan mengkaji cara penyampaian yang sebaiknya untuk program e-Kasih ini. Jangan lagi terjadi anak sendiri dibiarkan anak kera disusukan. 

Kelemahan kaedah penyampaian ini telah diambil kesempatan yang maksimum oleh golongan yang tidak tahu berterima kasih dan bersyukur itu untuk kesenangan mereka. 

Sehingga ada yang berkata: "tengok aku walaupun aku tidak menyokong kerajaan aku tetap mendapat bantuan, tetapi engkau menyokong kerajaan setengah mati habuk pun tak dapat."

Nasihat untuk kerajaan yang memerintah: "JANGAN SAMPAI YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DIKENDONG BERCICIRAN."

Renung-renungkan dan selamat beramal...

2 comments:

  1. sokong..
    buat semua org2 kuat UMNO dan yg ada peranan...tlong pantau..jgn sibuk nak amik hati pembangkang..anak sendiri dibiarkan...Faham2kanlah ..jgn yg dikendung kecicir yg dikejar...tak dapat..

    ReplyDelete
  2. anak sendiri ditinggal-tinggalkan... cukup2 la nk kendong2 tu, kang jatuh golek baru tahu...

    ReplyDelete