Monday, April 11, 2011

PAS gadai ISLAM kepada DAP???

KUALA LUMPUR 9 MAC – Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris berharap  Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Ni Mat tidak terkulai di tangan Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung pengharaman judi di Kelantan sepertima terkulainya perjuangan negara Islam yang diwar-warkan Pas sejak sekian lama.
Menurut beliau hasrat Nik Aziz itu merupakan satu langkah yang baik, namun apa yang dikhuatiri ianya bakal menjadi seperti perjuangan negara Islam yang mana Pas seolah-olah dilihat tunduk kepada sekutunya itu demi untuk duduk satu barisan dalam saf pembangkang.










“Nik Aziz kan Ketua Ahzab di negara ini manakala Karpal Singh pula sekutunya di dalam pakatan Ahzab. Tidak  peliklah.. Sudah pasti Nik Aziz akan memberikan penjelasan, cuma sepertimana yang saya katakan tadi, dikhuatiri bakal terkubur sepertimana perjuangan Islam.
“Dan tidak peliklah selepas itu, akan keluar dalil dan pelbagai nas yang akan digunakan oleh Nik Aziz dan kuncu-kuncunya semata-mata untuk menjaga hati sekutu Ahzabnya itu. Kita tidak perlu pergi jauh. Tengok apa alasan mereka dalam soal perjuangan negara Islam.
“Dulu buka  main sanggup pertahankan perjuangan negara Islam tersebut sehingga keluar pelbagai “fatwa” yang mengatakan UMNO kafir dan sebagainya kerana berkawan dengan kaum bukan Melayu. Alih-alih hari  ini setelah berada dalam satu matlamat dengan DAP, tidak haramlah pulak tindakan mereka itu,” katanya kepada UMNO-Online
Beliau berkata demikian sebagai mengulas langkah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bersemuka dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh bagi menjelaskan dasar kerajaan Kelantan berhubung pengharaman judi.
Sebelum ini, Pemuda UMNO Kelantan menyokong penuh hasrat Menteri Besar Kelantan terbabit, namun dalam masa yang sama Ketua Pemudanya, Anuar Saffian menggesa Nik Aziz bukan sahaja menjelaskan dasar kerajaan Pas Kelantan sahaja, sebaliknya berbincang dengan DAP untuk mengharamkan segala pusat perjudian di negeri-negeri yang dikuasai oleh pakatan pembangkang ini.
Ustaz Mohd Noor seterusnya berharap, Nik Aziz teguh dan kukuh imannya dalam memberi penjelasan berkenaan soal tersebut supaya Pas tidak lagi menjadi “pak turut” kepada sekutu Ahzabnya itu.
“Alang-alang beliau mahu jumpa Karpal Singh untuk jelaskan dasar di Kelantan, dakwahlah terus sepertimana saranan Pemuda UMNO Kelantan itu yang mana berbincang dengan DAP untuk mengharamkan segala pusat perjudian di negeri-negeri yang dikuasai oleh pakatan pembangkang ini.
“Lagi satu janganlah lupa…intai-intailah perjuangan negara Islam..kalau-kalaulah Karpal Singh terbuka hati untuk menerimanya dan bolehlah Pas guna di dalam manifesto menjelang pilihan raya umum akan datang.Kalau bolehlah..bukan paksa,” katanya. -MediaUMNO
"Renungkanlah Wahai Umat Islam semua"... Islam itu Agama, Janganlah Kerana Politik Islam di Permainkan...

No comments:

Leave a Reply