Wednesday, April 6, 2011

Laungan HIDUP BN tenggelamkan DAP di Piasau...


Saya baru mendapat berita dari Sarawak iaitu berkaitan dengan proses penamaan calon PRN Sarawak kali ke 10 hari ini.

Kerusi DUN Piasau yang akan dipertahankan oleh Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr. George Chan telah memberi gambaran awal bahawa kerusi berkenaan akan kekal menjadi milik BN dalam PRN nanti. Ini adalah kerana diberitakan calon DAP Ling Sie Kiong hanya diiringi oleh 30 hingga ke 40 orang penyokong parti sahaja. Manakala Calon BN Tan Sri Dr. George Chan diiringi oleh hampir 500 orang penyokong BN.

Suara laungan hidup BN menenggelamkan terus gerombolan penyokong DAP.

Dr George yang ditemui sejurus proses penamaan calon berkata beliau akan berjumpa seramai mungkin pengundi di DUN berkenaan dalam usaha memastikan kemenangan BN pada 16 April ini.
Pada masa yang sama beliau turut menyifatkan janji-janji perubahan yang di kononnya akan dibawa oleh parti pembangkang tidak akan kemana kerana segala janji berkenaan adalah sekadar untuk memancing undi semata-mata.
“Cuba tengok di negeri yang mereka telah menang, apakah ada perubahan sepertimana yang dijanjikan..Mereka perlu tunjukkan prubahan yang sebenar. Berbanding dengan kita, banyak juga perubahan yang telah dilakukan untuk kepentingan rakyat.
“Kita bukannya sekadar janji dan cakap kosong tetapi disusuli dengan tindakan. Bukannya sekadar wayang kulit. Tidak ada gunanya. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sendiri turun ke akar umbi dan sebagainya untuk memahami keperluan dan kepentingan rakyat termasuk di Sarawak ini. Itulah dinamakan perubahan,” katanya.

sumber:1sarawak.com.my

No comments:

Leave a Reply