Friday, May 6, 2011

DAP parti dominan dalam PR...!!!

Kabinet bayangan cerminan hasrat DAP jika kuasai kerajaan Pusat

KUALA LUMPUR 5 Mei - Bagai melukut di tepi gantang.
Demikian yang dirumuskan oleh beberapa penganalisis politik tempatan ketika diajukan persoalan mengenai sejauh mana kedudukan Pas dalam pembangkang terutama penerimaan DAP terhadap parti itu.

Hakikat itu kata mereka, semakin terserlah apabila Pas Sarawak hanya diberikan satu portfolio dalam Kabinet bayangan negeri itu seperti yang diumumkan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Hong Leng kelmarin.
Lebih malang, portfolio Hubungan Antara Agama Dan Perpaduan Nasional yang diberikan kepada Pesuruhjaya Pas Sarawak, Adam Ahid itu pula dikongsi bersama wakil PKR, Ali Biju.

Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Terengganu, Che Hamdan Che Mohd. Razali berkata, DAP semakin memperlihatkan sikap dominan dalam pembangkang selepas kemenangan besar pada pilihan raya negeri itu baru-baru ini.
Kemenangan itu juga kata beliau, bukan sahaja membuatkan DAP semakin berani bersuara, malah bertambah yakin untuk mengenepikan parti pembangkang lain.

"Kabinet bayangan ini adalah gambaran sebenar bagaimana DAP akan memerintah Sarawak sekiranya mereka berkuasa. Ia juga adalah isyarat yang jelas kepada Pas mengenai kedudukan sebenar mereka dalam pembangkang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, pensyarah Geo-Politik, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, Kabinet bayangan itu memperlihatkan DAP langsung tidak berminat ke arah kepentingan orang Melayu.

Ia juga tambah beliau, menafikan usaha keras Pas dan PKR menarik pengundi Melayu untuk menyokong pembangkang sepanjang pilihan raya negeri itu baru-baru ini.

"Malah tidak mustahil, bentuk Kabinet bayangan seperti ini juga yang akan diamalkan oleh DAP sekiranya mereka berjaya menguasai kerajaan Pusat nanti," kata beliau.

PS; bukan mahu menakutkan tapi inilah realitinya...


No comments:

Leave a Reply