Hari ini genap 65 tahun lahir dan tertubuhnya UMNO. Sepanjang tempoh itu pelbagai ranjau, onak dan cabaran telah dilalui dan jangka masa itu pemimpin UMNO silih berganti.
Pelbagai peristiwa pahit manis, suka dan duka telah dilalui oleh pendokong dan pejuang UMNO. Menang dan kalah dalan pilihanraya sudah menjadi rencah dalam perjuangan. Namun adakah dalam setiap kemenangan dan kekalahan itu kita mengambil iktibar dari apa yang berlaku.
UMNO kini berada dalam ujian peringkat kritikal di dalam usaha mempertahankan kuasa orang Melayu Islam dalam memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.
Ujian ini makin mencabar dan berliku apabila ada bangsa sendiri (Anwar Ibrahim) yang menjadi duri dalam daging dan menjadi musuh kepada perjuangan bangsa dan agama sendiri. Ada parti Melayu (PAS) sendiri yang bersekongkol dengan musuh agama dan bangsa menentang perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air.
Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa, "hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan kitabullah." Adat bersudar, saudara dipertahankan, adat berkampung, kampung dijaga, adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.Seperti kata Tun Mahathir pejuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tanah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. - Belantan
Hakikatnya kini UMNO sekarang telah semakin mula diterima oleh geerasi muda berbanding PRU 12. Marilah kita bina kekuatan kita dengan menggunakan kekuatan kita sendiri. UMNO mesti terus ke depan dalam memperjuangkan hak orang Melayu (Islam) dan bumiputra. Kerana kita percaya UMNO mempunyai kekuatannya yang tersendiri.
Kepada yang berada diluar konteks perjuangan UMNO; Renungkan maksud Surah Ali-Imran ayat 103:
"Dan berpegang teguhlah kamu pada tali Allah (Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bemusuh-musuhan(ketika jahililyyah), lalau Allah menyatukan hati-hati kamu, maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dulu berada ditepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu ketika jahiliyyah), lalu Allah selamatkan kamu daripada neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayatNya, supaya kamu mendapat hidayah."
Renung-renungkan dan selamat beramal...
No comments: