Bagi menjawab kenapa Wan Azizah beria-ia benar mempertahankan Anwar dalam isu video seks ini. Hakikat, perangai Anwar, apa yang Anwar suka, apa yang Anwar buat, hakikatnya yang tahu ialah Wan Azizah. Wan Azizah ni kita pun tahu sudah menjadi "rahsia" umum sejak dalam KeAdilan lagi bahawa jiwa dia sentiasa tertekan, mengalami tekanan yang amat berat, bukan saja dalam kes Anwar tapi sejak Anwar berada dalam kerajaan lagi, sebagai Menteri Kewangan, Timbalan Perdana Menteri, pada waktu tu lagi jiwa dia tertekan, peranan dia sebagai isteri seolah-olah dinafikan dan diabaikan dan tidak dihargai.
Jadi tindakan mempertahankan Anwar dalam isu video seks ini merupakan satu peluang terbaik buat Azizan untuk menampilkan diri dia sebagai seorang wanita yang serba sempurna. Saya katakan begitu kerana kemuncak kepada perjuangan Wan Azizah ini apabila terbukti video itu dilakonkan oleh Anwar Ibrahim. Kalau apabila perbicaraan terdedah memang betul yang buat kerja ni yang berlakon ni dalam video seks ini lelaki itu tak lain tak bukan memang Anwar Ibrahim terbukti dari segi sampel dari segi 'evidences' semua. Apabila terbukti itu semua, Wan Azizah mengharapkan bahawa dia akan mendapatkan puji-pujian melangit, mengunung daripada para penyokong dia sebagai seorang iby yang sangat tabah, sebagai seorang wanita yang sangat tabah yang mempertahankan suaminya hingga ke saat akhir.
Walaupun terbukti dah Anwar tapi dia tetap bersama dengan Anwar. Dia akan dapat puji-pujian dan memang ini pun yang dia harap oleh Wan Azizah. Jadi kalau terbukti nanti Wan Azizah saya yakin dengan sebagai Presiden Parti akan keluar meninggalkan parti ini kerana tak mampu lagi untuk membendung segala pembohongan yang dia buat selama ini.
Saya pun rasa Wan Azizah pun sedar siapa diri dia, dia hanya alat yang menjadi perkakas Anwar Ibrahim saja. Sebagai Presiden parti pun dia tidak boleh berbuat apa-apa. TUgas dia sebagai Presiden parti bukan untuk memajukan parti itu tetapi tugas dia sebagai presiden parti ialah hanya untuk mempertahankan seorang penasihat. Itu sahaja kerja dia. - Zahid Mat Arip...
No comments: