Melihat kepada tindakan PAS sejak akhir-akhir ini. Setuju atau tidak jika saya katakan perjuangan PAS sudah jauh terpesong daripada ajaran Islam.
DULU - PAS kata berkawan dengan kafir jadi kafir.
KESAN - Orang Melayu Islam berpecah belah. Solat dua imam. Tidak makan daging sembelihan orang UMNO. Keluarga putus saudara. Nikah dua kali dll. Terjadinya tragedi Memali.
KINI - PAS berkawan dengan DAP (Kafir Harbi). Dimana letaknya PAS.
DULU - PAS kononnya berjuang untuk menubuhkan negara Islam dan menuduh UMNO tidak berjuang untuk Islam.
KESAN - Masyarakat Melayu Islam terus berpecah belah.
KINI - PAS mengenepikan perjuangan menubuhkan negara Islam dan menukar slogan perjuangan kepada negara kebajikan.
Nota: PAS tolak perjuangan yang besar (menubuhkan negara Islam) dan mengambil hanya sedikit daripada ciri-ciri negara Islam. Dimanakah letaknya kedudukan PAS hari ini. Penulis yakin dan percaya rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu Islam tidak selamanya boleh diperbodohkan.
Ayuh tolak PAS dalam PRU 13 nanti. Jangan biarkan kita terus diperbodohkan.
Buka hati, buka minda, telusuri keagungan-Nya
PAS ni cakap mcm keling la..,,kejap negara islam..,,kejap negara kebajikan..,,ini la punya org melayu berpecah belah..,,.
ReplyDelete