Muktamar PAS tahun ini telah mendedahkan segala-galanya tentang sikap retorik dan hipokrit parti yang menggelar diri sebagai Parti Islam Semalaysia ini.
Kalau dulu dia kata berkawan dengan kafir jadi kafir. Tetapi hari ini apa sudah jadi. Kalau dulu apa sahaja tohmahan yang buruk semuanya menjadi milik UMNO kerana kononnya tidak ingin kepada Islam. Tapi hari ini apa yang sudah terjadi apabila PAS melalui Presidennya telah menggugurkan slogan negara Islam dalam kamus perjuangannya dengan menggantikannya dengan negara berkebajikan.
Perlukah kita beritahu orang lain juka kita ingin melakukan kebajikan. Kerana setiap apa yang kita lakukan mencerminkan apa yang tersurat dan tersirat dalam hati.
Sejak menjadi partner dan sahabat baik kepada DAP, PAS seolah-olah telah menggadaikan sepenuhnya prinsip perjuangannya demi kerana ingin menagih undi daripada pengundi kaum lain. Kalau dulu DAP dengan PAS boleh diibaratkan sebagai anjing dengan kucing kerana berlainan ideologi. Tapi sekarang semuanya telah berubah. Musuh sudah menjadi kawan. Manakala kawan telah menjadi musuh yang paling ketat.
Sesungguhnya rakyat yang waras tidak akan selamanya begitu mudah ditipu, dipersenda dan dipermainkan.
Apakah nasib penyokong PAS yang terbunuh di Memali. Bagaimana dengan nasib datuk nenek kita yang begitu setia dengan perjuangan PAS yang telah terlebih dahulu kembali mengadap Allah tanpa mengetahui perkara sebenar pembohongan orang yang gilakan kuasa dalam PAS ini.
Siapakah yang perlu bertanggungjawab dengan mereka ini. Siapakah yang menjadi punca kepada kelemahan dan perpecahan umat Melayu Islam di negara ini.
Ketahuilah bahawa kebenaran telah muncul. Tinggal lagi terpulang kapda rakyat jalan mana yang ingin dipilih. Kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa perjuangan PAS hanya perjuangan kerana gilakan kuasa, perjuangan yang penuh dengan hasad dengki dan dendam kesumat. Perjuangan seumpama sebenarnya menyimpang jauh dari landasan perjuangan Islam.
Terima kasih PAS...
"ALLAH SENTIASA BERSAMA KEBENARAN"

No comments: