Monday, July 25, 2011

Kedudukan Pembangkang Goyah jika guna Sistem Biometrik...???


GWM ketawa melihat keletah pemimpin pembangkang dalam menjawab isu penggunaan Sistem Biometrik dalam pilihanraya umum.

Berbagai alasan dangkal dikemukakan dengan tujuan mahu mengekalkan indelible ink, atau dengan kata lain dakwat kekal.

Alasan yang diberikan seperti berikut:

1) mengelak pengundi mengundi dua kali.
2) sistem manual ini lebih efisyen dan jimat belanja.
3) mengesahkan seseorang itu telah mengundi.

Bagaimana pula alasan juak-juak ini menolak Sistem Biometrik? ...

1) Manipulasi?
2) Risiko berleluasa pengundi hantu ... tak ada point lain ke?
3) cip kad pengenalan rosak timbulkan masalah?
4) kad pengenalan gagal disahkan oleh Sistem Biometrik?
5) Kos perbelanjaan peralatan dan kos melatih kakitangan mahir yang mahal ... ok lah, boleh diterima.

6) Kesesakan di pusat pengundian ... purely stupid reason!
7) ... malaslah nak tulis alasan dangkal pembangkang ni!


Baik, secara ringkas GWM paparkan kembali jenis-jenis Sistem Biometrik yang boleh digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)






Bagaimana pula dengan keberkesanan atau kelemahan Sistem Biometrik ini? Ujian penilaian sudah menyatakan kebarangkalian kesilapan adalah mungkin ... mungkin 1 peratus dari 100 cubaan.

Ini adalah jawapan dari Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, (MAMPU).


Dan ini adalah jawapan GWM terhadap sifat pembangkang yang suka memperlekehkan pembaharuan yang dilakukan oleh SPR. Walhal SPR telah mereformasikan sistem pengundian bagi pilihanraya di Malaysia.


1) Kurang daripada 20 buah negara daripada 194 negara di dunia menggunakan dakwat kekal. Dakwat kekal TIDAK digunakan oleh negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Hong Kong, Singapura, Perancis, Jepun dan lain-lain lagi.

(Anda boleh google mencari negara yang sudah tidak menggunakan dakwat kekal ... kuno lah beb! )

Dan dibawah ini turut dipaparkan semakin banyak negara-negara dunia ketiga telah mula beralih menggunakan Sistem Biometrik.
















Kaya sangatkah negara dunia ketiga sehingga mampu untuk melaksanakan Sistem Biometeik dalam pilhanraya di negara masing-masing!

Bererti Malaysia lebih mampu untuk melaksanakan Sistem Biometrik dengan kedudukan kewangan negara lebih kukuh jika dibandingkan dengan negara-negara di atas.


2) Dakwat Kekal bukanlah sistem yang boleh dipercayai dan diyakini kerana penipuan turut berlaku dalam pilihanraya. Contoh terbaik adalah semasa pemilihan Presiden pertama Afghanistan pada tahun 2004.

Dakwat kekal menjadi penyumbang kepada penipuan pemilihan Presiden Afghanistan ... masihkah kau ingat!






Bagaimana pihak pembangkang boleh mengatakan penggunaan dakwat kekal mampu menghalang penipuan dan efisyen, walhal semasa pemilihan Presiden Afghanistan Pertama tahun 2004 yang dimenangi oleh Hamid Karzai jelas dakwat kekal lebih mudah dimanipulasi untuk tujuan penipuan. (lihat bulatan merah di atas).
Kejayaan negara Brazil dan Peru melaksanakan Sistem Biometrik ini mendapat pujian dari Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menjamin ketelusan dan keadilan sistem pilihanraya. Dan sehingga kini masih belum terbukti Sistem Biometrik boleh dimanipulasi ... bak kata Mr Bean Mahfuz 'Bangang' Omar!
SPR bukan sebodoh dan sekonyong boleh diperlekehkan oleh pihak pembangkang. Terdapat beberapa jenis sistem yang boleh digunakan. Tidak semestinya hanya bergantung kepada MyKad dan cap jari semata-mata.

Mungkin agak mahal bagi perlaksanaan sistem ini namun keberkesanan adalah lebih dua kali ganda dari penggunaan dakwat kekal.

Pembangkang sebenarnya cukup goyah apabila kerajaan akan meluluskan peruntukan bagi perlaksanaan Sistem Biometrik.
Peluang untuk bermain dengan persepsi pengundi hantu semakin tipis sebenarnya jika dilaksanakan Sistem Biometrik. Mana ada pengundi hantu ... pembangkang yang naik hantu sebenarnya!
Sistem konvensional yang ada sekarang sudah memadai, adil dan telus. Dan apabila berlakunya perlaksanaan Sistem Biometrik ini maka keadilan dan ketelusan dalam sistem pilihanraya di Malaysia lebih terjamin.

Pembangkang cukup sedar momentum pengundi kembali kepada Barisan Nasional akan menyesakkan lagi peluang untuk menang pada pilihanraya umum ke-13.

Cara yang terbaik ... putar belit dan memperlekehkan Sistem Biometrik, isu lapuk pengundi hantu dan paling terbaru ... perhimpunan haram BERSHIT 2.0 untuk mengalih perhatian sebenar rakyat dari kes liwat Anwar Ibrahim!

Itu sahaja ... sudahlah pembangkang! Hari-hari buat tohmah dan fitnah ... Bikin malu negara dan rakyat!


Source: mediawangsamaju.blogspot.com

No comments:

Leave a Reply