Wednesday, February 27, 2013

Janji Lucah "3 Pasangan"


SHAH ALAM 25 Feb. - Manifesto pakatan pembangkang yang dilancarkan hari ini untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 disifatkan sebagai siri terbaharu 'janji kosong' yang dirangka khusus oleh parti itu untuk mengaburi mata rakyat.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed (gambar) berkata, beliau yakin manifesto itu tidak akan dilaksanakan oleh pakatan pembangkang jika mereka memegang tampuk pentadbiran negara.

Menurutnya, pakatan pembangkang sejak 2008 telah terbukti tidak menunaikan janji manifesto mereka sehingga menyebabkan rakyat daripada pelbagai golongan bangkit menuntut pelbagai janji antaranya meliputi bantuan serta insentif kebajikan rakyat.

''Paling memilukan ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri yang mengatakan manifesto itu bukan perjanjian. Malah, kerajaan negeri juga sanggup menentang rakyatnya apabila tuntutan tersebut dibawa ke mahkamah.


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130226/px_01/Manifesto-pembangkang-Siri-terbaru-janji-kosong#ixzz2Lys6ef9X
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Leave a Reply