Monday, February 25, 2013

Kerana agama melarang seks sebelum perkahwinan-Penganut Kristian

Seperti Ariel Hammon, 32, yang berkahwin dengan Helen, 30, dan dikurniakan tujuh orang anak. Dia kemudian berkahwin pula dengan Lisa, 20, dan dikurniakan dua anak. Bagi Ariel dan dua isterinya, berpoligami bererti
bekerja keras untuk membina rumah baru. “Warga di Centennial Park pernah membina rumah baru hanya dalam masa dua hari. Ini kerana banyak anak, ramai sukarelawan,” kata Ariel kepada ABCNews.

Cemburu kerana cinta berbelah bagi? “Kami tidak pernah memikirkannya, kerana ini yang saya impikan sejak dulu,” kata Helen, bekas pelajar Ariel dan begitu juga dengan Lisa. “Saya tidak ada masalah Ariel sudah berkahwin dengannya, itu saya anggap sebagai bonus,” kata Lisa.

Beberapa penduduk yang ditanya soal seks, mengaku rimas. Menurut mereka, para remaja tetap menjaga keperawanan dan dilarang berasmara sebelum kahwin. Dan di tengah keruntuhan moral akibat merebaknya seks bebas di AS, Centennial Park tetap mengamalkan cara hidup tertutup dan sentiasa curiga dengan orang luar.

“Kerana agama melarang seks sebelum perkahwinan,” kata seorang penduduk.

Ariel juga mengatakan filem 'Big Love' yang disiarkan di HBO, menggambarkan kecemburuan dan saling menjatuhkan antara para isteri, bukan kenyataan sebenarnya. Ariel mengatakan, yang penting adalah menjaga keutuhan rumah tangga dan mengasuh anak-anak dan seks bukanlah keutamaan.

“Seks adalah ekspresi cinta, banyak cinta di tempat ini,” kata Ariel.

No comments:

Leave a Reply