Tuesday, February 19, 2013
Pemuda Mahu Ramai Calon Muda!
Pemuda Umno Negeri Terengganu meminta pucuk pimpinan parti menyenaraikan lebih ramai calon daripada pergerakan itu untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang bagi memenangi hati pengundi khususnya golongan muda.
Ketuanya Saiful Bahri Datuk Badaruddin berkata pada pilihan raya
lepas hanya empat calon pergerakan itu dipilih untuk bertanding.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata pergerakan itu mengambil beberapa pendekatan bagi memenangi hati pengundi muda melalui program-program keagamaan, riadah dan sukan yang melibatkan penyertaan penduduk setempat.
Daripada program-program yang dianjurkan itu, pengundi muda terutamanya yang pertama kali menyertainya mula mendekati Umno dan Barisan Nasional kerana yakin dengan parti itu yang boleh membela nasib dan masa depan generasi muda. – Bernama klik sini
No comments: