Semalam dikhabarkan rombongan Raja Bahrin dan YB Tengku Hassan telah melawat Pasar Bukit Besar, Jalan Pasir Panjang untuj bertemu pengundi sambil berkempen.
Dalam lawatan bertemu rakyat, Raja Bahrin mengkhabarkan bahawa
beliau akan bertanding atas tiket PAS di Parlimen Kuala Terengganu, manakala Tengku Hassan pula memaklumkan bahawa beliau akan mempertahankan kerusi DUN Ladang dalam PRU 13.
Baguslah akhirnya impian rakyat untyk bertemu dengan wakil rakyat mereka tercapai walaupun hanya 5 tahun sekali dapat bersua muka.
Yelah sekurang-kurangnya YB berkenaan bertemu dengan rakyat walaupun hanya pada musim pilihanraya.
Sepanjang 5 tahun YB berkenaan menjadi wakil rakyat di Ladang, apa sumbangan beliau yang boleh rakyat banggakan melainkan dengan isu "skandal" yang didakwa melibatkan beliau.
Dalam edah 5 tahun berkenaan kebanyakkan permasalahan rakyat diselesaikan oleh BN walaupun kawasan berkenaan diwakili PAS.
Adakah rakyat masih mahu memilih orang yang tidak amanah untuk menjadi pemimpin? Jangan silap memilih pemimpin kelak diri yang merana. klik SINI, SINI, SINI dan SINI.
No comments: