Wednesday, February 20, 2013

Stadium Raja Bahrin runtuh lagi...

Diberitakan tadi lebih kurang jam 11 pagi kerja-kerja baik pulih stadium Sultan Mizan di Gong Badak terpaksa dihentikan apabila dikejutkan dengan sebahagian lagi  struktur stadium yang direka oleh Syarikat Senibahri milik raja Bahrin runtuh lagi dan ada pekerja yang cedera.
Dikhabarkan juga tajuk stadium runtuh ini menjadi hangat di ruang perbincangan maya puak pembangkang. Satu perkara yang mereka lupa ialah struktur binaan stadium berkenaan yang menjadi kepalanya ialah Raja Bahrin.
Kepada Raja Bahrin, jangan menuding jari kepada orang lain atas ketamakan diri sendiri kerana kami tahu mengapa Raja Bahrin masuk Pas?...

Sampai di tempat kejadian didapati 3 mangsa lelaki rakyat tempatan mengalami kecederaan telah dikeluarkan oleh pekerja pekerja lain serta dihantar ke hospital dengan kenderaan JPAM. Pasukan bomba sedang membuat pemeriksaan di lokasi kejadian bagi memastikan samada terdapat mangsa lain yang terperangkap. Runtuhan kerangka bumbung stadium anggaran 100M x 50M semasa kerja kerja memotong dijalankan (kerangka lama akan diganti dgn kerangka baru).3 Mangsa lelaki rakyat tempatan iaitu Mohd Naziru Nizam bin Marzuki.- 25 tahun . Wan Mohd FajrulAzmi bin Wan Ahmad -26 tahun dan Mohd Shaidi bin Ismail -21 tahun.



Adakah ini berpunca daripada kesilapan arkitek dalam merekabentuk struktur binaan stadium? Senibahri ada jawapannya.

No comments:

Leave a Reply