Wednesday, February 20, 2013

Terkini dari Kedah: Dewan ulamak PAS Kedah desak Azizan undur

Info terkini yang dc terima dari Kedah. Apa serita ni der.....


Demo bantahan/sidang media oleh dewan ulamak PAS Kedah yang pada mulanya dijadualkan akan diadakan pada pagi ini telah dianjak ke 2.40 ptg. PC yang berlangsung dari jam 2.40 ptg-2.50 ptg bertempat di Markas PAS Batu9, Kota Sarang Semut. Hadirin
seramai 30 org ahli PAS.

Ucapan oleh Asri b Ahmad-Ketua UPU Megat Dewa. Mendesak MB turun dari Kepimpinan PAS negeri.
Berdiri teguh di belakang kputusan ulamak PAS mereka sekali lagi akan mengadakan demo dan akan memberi  kenyataan secara rasmi pada 22/2/13 jam 3.00 ptg di Megat Dewa.

Ucapan Nordin b Ahmad-ahli PAS Jerai. Kami mahu ulamak diberi tempat yang sepatutnya sepertimana PAS Kelantan. Kerajaan negeri mesti mendengar keputusan parti. Sepatutnya parti yg memerintah kerajaan dan bukannya kerajaan yang perintah parti. Demo ini tiada kena mengena dengan isu kalimah Allah. Kami mahu Azizan turun dari tahta dan diganti dengan orang lain. 


Ulasan. Mereka yg berdemo merupakan ahli2 PAS dari Jerai dan Kota Siputeh yang mendakwa mewakili suara dewan ulamak PAS Kedah mendesak MB lepas jawatan. Kumpulan ini kecewa dengna pentadbiran MB kedah yg didakwa gagal melaksanakan keputusan dewan ulamak PAS Kedah. Mereka menafikan menentang PAS, sebaliknya hanya menentang MB Kedah. Mereka jugg menjemput wartawan untuk hadir pada 22/2/13 jam 3.00 ptg di Megat Dewa. 

Seperkara menarik perhatian apabila sebelum bermula demo, beberapa org ahli PAS yg menyatakan tiada apa yang berlaku dan meminta semua wartawan beredar. Lantaran itu muncul Zan Taliban dan beberapa rakan membantah dan terus memarahi ahli PAS berkenaan sehingga keadaan menjadi tegang sebentar. 

Dapat dilihat pihak PAS sedaya upaya cuba utk menggagalkan usaha kumpulan ini. klik sini dan sini

No comments:

Leave a Reply