YB Datuk Zulkifli Noordin mempersoalkan motif Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyanyikan lagu ‘Sabah bakal hilang’, tiga bulan sebelum serangan pengganas di Lahad Datu Sabah.
Zulkifli bercakap kepada Buletin Utama TV3 malam ini turut rasa sangsi dengan kepercayaan Anwar terhadap dua orang kuat SUARAM (Suara Rakyat Malaysia), Tian Chua dan Sivarasa Rasiah yang juga aktivis PKR.
Dalam sidang media semalam, Anwar menafikan kunjungan Tian Chua dan Sivarasa Rasiah ke Filipina mempunyai perkaitan dengan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu.
Kedua-dua aktivis SUARAM itu berkunjung ke Filipina pada 7 Februari lalu, iaitu dua hari sebelum pengganas menceroboh Kampung Tanduo di Lahad Datu Sabah.
Rakaman nyanyian Anwar berbunyi, ‘tanya sama pokok apa sebab goyang’ ditukar lirik kepada,’tanya sama Najib apa sebab goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang’ telah dirakamkan oleh ThePerakToday di tiga lokasi ceramah yang berbeza iaitu pada 2 Disember 2012, 29 Januari 2013 dan 14 Februari 2013.
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman dalam soal jawab bersama TV3 semalam turut tertanya-tanya apakah motof Anwar menyanyikan lagu itu.
Sebagai orang Sabah, menurut Anifah, ada perbezaan dengan ‘Barisan Nasional (BN) Sabah akan kalah dalam Pilihanraya Umum ke-13′ dengan ‘Sabah bakal hilang’.
“Apa maksud negeri saya bakal hilang ?, “soalnya. - AIDC
dari analysis gerak geri anwar dan orang2 nyaj jelas sekali anwar berperanan aktif menyokong pencerobohan di sabah. kalau dapat pengakuan dari penceroboh2 yg ditangkap/serah diri. kes tterhadapnya sangat kuat. ttp pihak2 berwajib perlulah bersunggoh sunggoh!
ReplyDeleteBetul tu
ReplyDelete