Thursday, March 7, 2013
Jenazah Pahlawan Negara Di Hina?
DC tertarik dengan satu entry dari Dr. novandri.. Ada baiknya jika DC sharekan untuk tatapan semua pembaca blog DC...
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya adalah peribahasa yang paling sesuai apabila kita membicarakan tentang keceluparan mulut pemimpin pakatan pembangkang.
Di bawah adalah kenyataan keluarga Allahyarham Koperal Sabarudin Daud yang sangat kecewa dengan keceluparan pakatan pembangkang.
SHAH ALAM - "Saya sanggup mati demi menuntut bela atas kematian adik dan tidak rela kematiannya dihina sebegini rupa," kata Che Azni Ahmadun, 49, sepupu kepada Koperal Sabarudin Daud, 46, yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.
Sebelum itu, Che Azni membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam kira-kira jam 3 petang semalam, sebelum keluar kira-kira setengah jam kemudian.
Ketika ditemui, beliau berkata, laporan dibuat kerana mahu pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Ahli DAP, Jonathan Lin yang didakwa mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab berhubung insiden terbabit.
klik SINI
No comments: