Friday, March 1, 2013

Poster Ceramah Altantuya Provokasi Tuduh Membunuh




Balasundram tidak perlu untuk menunggu lama bagi mengembalikan namanya yang kian tenggelam malah dilihat cuba 'membayar' balik apa yang dia 'pinjam' selama kononnya menjadi pelarian yang mana kisah pelarian beliau juga dikatakan direka oleh beliau sendiri.

Segala cerita rekaan yang kononnya beliau dalam bahaya dan bakal dibunuh akhirnya memakan diri. Sumpah SD1 dan sumpah SD2 untuk batalkan SD1 cukup jelas tanpa bersuluh bahawa selama ini ada rahsia lain yang cuba ditutup oleh Balasundram yang tak pernah dibongkar oleh sesiapapun. Tukang bayar atau tukang sponsor Bala sekeluarga akhirnya terpaksa atur strategi baru supaya nampakkan juga bahawa Balasundram merupakan aset berharga dalam usaha menjatuhkan BN di PRU13 dengan mengaitkan PM dan Isteri dalam kes pembunuhan Altantuya yang kononnya model dari Monggolia.

Nak undur bimbang rakyat tahu tembelang rekaan pakatan haram pecah dan ini bakal meninggalkan kesan kepada pengundi bahawa pakatan haram tidak sunyi dari siri pembohongan. Nak lupakan terus cerita Altantuya juga bakal menghancurkan reputasi Anwar yang suka menggunakan isu ini sebagai modal pembuka bicara ketika ceramah. Mahu atau tidak segala perancangan menipu wajib diteruskan demi nak jaga airmuka Anwar.


Lupakah kita asas cerita sebenar kisah sadis Altantuya dibunuh ?
Lupakah kita kenapa nama Balasundram ada dalam kes pembunuhan Altantuya ?
Lupakah kita kenapa tergesa-gesa Balasundram lari ke luar negara ?

Zalim sangatkah kerajaan BN atau hilang akalkah PM Najib ingin memburu dan membunuh Balasundram hanya berdasarkan cerita fitnah Bala ?

Semuanya kerana wang RM 50,000.00 yang Razak Baginda minta Balasundram berikan pada Altantuya.

Balasundram adalah ejen atau orang tengah atau sahabat Razak Baginda, bukannya penyiasat persendirian yang hebat seperti yang dicanang dalam mana-mana siri ceramah pakatan haram. Kalau bukan sahabat Razak Baginda, mana mungkin Razak Baginda begitu percaya meminta agar Balasundram tolong berikan wang sebanyak itu kepada Altantuya ketika Altantuya tiba di Malaysia.

Kenapa Altantuya naik sawan dan mula menyerang Razak Baginda di pejabat di bangunan Getah Asli ? Logiknya anda masih kabur ?

Baca kandungan pengakuan soal siasat Razak Baginda, kandungan lapuran siasatan polis menunjukkan Razak Baginda menyebut dan mengaku bahawa Altantuya mula 'mengganggu' beliau kerana menuduh Razak Baginda cuba berbohong sedangkan janji Razak nak bantu Altantuya dengan wang sebanyak tersebut.

Kemana hilangnya wang RM 50,000.00 itu ?

Kenapa Balasundram tiba-tiba hilang bebarapa hari dan muncul kembali setelah Altantuya sudah mati dibunuh ? Muncul dengan lagak hero Keling, kononnya beliau mempunyai cerita yang lebih menarik, PM dan Isteri, Ds Rosmah yang membunuh Altantuya !!!! Baca di SINI

Balasundram cuba sedaya upaya mengalihkan cerita tentang wujudnya wang yang Razak Baginda memintanya untuk sampaikan pada Altantuya ? Malah lebih dramatik bila Bala terus hilang dan muncul di Kota London dan akhirnya terperap di India bersama keluarganya. Kalau nak bunuh Bala, tak perlu susah kalau di India maupun di London. 

Hitman boleh di cari dan di beri upah untuk padamkan beliau dengan mudah. Tapi apakah itu cara BN atasi masalah cerita dongeng ? Mafia kah PM ?

Wang lesap Balasundram hilang dan hingga kini Balasundram diminta jangan sebut perkara wang RM 50,000.00 ini. Dalam ceramah pakatan haram pun mereka terpaksa susun storyboard baru bahawa Balasundram kekal semula dengan perakuan bersumpah pertama, SD1 !

Lihatlah cara keling ini mulakan langkah baru, cerita lama bersulamkan poster kononnya nak kekalkan simpati pada Altantuya, lihat poster ceramah di atas. Apakah itu poster jenis baru dekat PRU atau sekadar nak julang kembali nama kononnya SAKSI penting ini. Saksi yang larikan wang atau dengan kata lain PENCURI atau PEROMPAK atau itulah saja nilai maruah Balasundram yang mengundang BALA ! Bala kepada pakatan haram.

Rakyat Malaysia tahu di mana Datuk Seri Najib !
Rakyat Malaysia tahu di mana Ds Rosmah Mansur ketika kejadian !

PM Najib dengan tenang bersumpah dengan nama Allah dan begitu juga dengan Ds Rosmah, lihat video PM Najib bersumpah di SINI

Malah pembuktian bahawa PM Najib berada di majlis di utara Malaysia dan Ds Rosmah berada di majlis anak yatim di KL terus membuatkan pakatan haram mula panik dan terpaksa merekayasa ceritera baru kena buat cerekarama baru, episod baru tapi pelakon yang sama, pelakon yang larikan wang Altantuya sebanyak RM 50,000.00.

Kini MI nak lihat, apakah gema TAKBIR bakal dilaungkan oleh penganut pas yang sesat semasa Balasundram naik pentas ceramah pertamanya. 

Apakah Bala akan melakonkan watak beliau amat 'alim' dengan bersumpah atas nama kitab Hindunya itu !

Poster yang kat atas tu milik siapa sebenarnya ? CIPLAK !! Kantoi !

Esok MI akan bongkarkan kenapa Balasundram larikan wang RM50,000.00 tersebut ! Siapa yang mengejar Bala pun bakal MI bongkarkan !

No comments:

Leave a Reply