Tuesday, March 5, 2013

Lahad Datu:Sebak bawa keluar jenazah kawan

"Kumpulan penceroboh berpakaian celoreng sambil membawa senjata api tidak menyedari pergerakan mereka diperhatikan dari tempat persembunyian kami sejak beberapa hari lalu.
"Namun, kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana pada waktu itu,  tiada lagi arahan untuk menyerang," kata seorang anggota komando PDRM.
Ada dalam kalangan mereka hanya membawa parang selain ada yang berlwnggang di dalam kampung berkenaan.
Ada dikalangan mereka yang agak berusia tetapi ramai juga yang muda.
Kejadian tembak menembak sehingga menyebabkan dua rakan kami terkorban menaikkan semangat kami untuk menuntut bela, katanya.
Sementara itu seorang anggota yang diarah untuk membawa keluar dua anggota yang gugur mengakui tidak dapat menahan sebak sehingga tidak mampu menahan air mata.
Koperal Awang Suladi Awang Wang, 41, berkata meskipun naru mengenali kedua-dua mereka sejak berkampung di dalam hutan, hubungan mereka dianggap sebagai satu keluarga besar.
"Saya hanya membaca al-Fatihah sepanjang memandu keluar di lokasi pegawai perubatan yang terletak kira-kira 10 km dari lokasi pertempuran.
"Ketika itu perasaan geram, marah meluap-luap untuk menghapuskan penceroboh terbabotvyang membiat onar di negara ini," katanya.
-metro ahad 3 mac 2013

No comments:

Leave a Reply