» » Atlis pelapis lumba basikal Terengganu mait digilis lori...

Seorang atlet pelapis basikal Terengganu, Muhammad Syafiq Imran Syahril, 15 maut digilis treler dalam perlanggaran bersama sekumpulan rakan ketika menjalani latihan pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi di atas jambatan Kampung Bukit Guntung, Tepoh dekat sini ketika kumpulan seramai 45 atlet basikal itu cuba mengelak lubang yang terdapat di laluan tersebut.

Rakan mangsa, Che Ku Mohd. Nazmie Che Ku Romli, 19 memberitahu, dia yang bergerak di tengah-tengah kumpulan terlanggar tayar belakang basikal rakan di hadapan yang gagal memberi isyarat terdapat lubang di laluan tersebut.

“Saya jatuh di laluan bertentangan bersama dua rakan lain termasuk rakan saya yang meninggal,” katanya ketika ditemui di unit forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini, semalam.

Menurutnya, ketika itu dia nampak sebuah treler datang dan dia dalam keadaan kesakitan bergegas bangun dan menyelamatkan diri dan perkara sama dilakukan seorang lagi rakannya, Ahmad Fikri Ahmad Fadli, 14.

“Tetapi saya hanya sempat tengok mangsa cuba bangun dan terus digilis dan diseret treler tu,” katanya yang sedih kerana tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan rakannya itu kerana turut tercedera.

Jelasnya, mangsa yang berada di bawah tayar hadapan sebelah kiri treler tersebut masih sedar ketika kejadian dan hanya mengadu kesakitan selain memanggil nama ibu dan ayahnya.

Katanya, mangsa dibantu rakan-rakan dan orang ramai dan dikeluarkan dari bawah treler sebelum dibawa ke Hospital dengan ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian.

Sementara itu, jurulatih mangsa, Syed Mohd. Husaini Syed Mazlan memberitahu, kumpulan tersebut bergerak dari Flat Jalan Hiliran pada pukul 8.30 pagi menuju ke Bukit Besi melalui laluan lebuh raya bermula di Gemuruh.

“Ini merupakan latihan harian biasa yang turut disertai atlet Sukma (Sukan Malaysia) dan TSG (Terengganu Cycling Team),” katanya yang turut menjelaskan jarak laluan latihan semalam ialah sejauh 160 kilometer.

Dalam pada itu, katanya, mangsa merupakan salah seorang atlet yang terpilih untuk menyertai Kejohanan Berbasikal Kebangsaan di Perlis 26 Jun ini.

“Mangsa adalah salah seorang atlet berbakat dan mempunyai potensi besar dalam sukan ini,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Halim Mohd, Ishak memberitahu, mangsa meninggal dunia kerana kecederaan teruk di bahagian abdomen.

“Pihak polis kini menyiasat punca sebenar kejadian,” katanya.

About Unknown

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

1 comments:

  1. Assalamualaikum

    Senaraikan produk muslim yang anda tahu atau produk anda sendiri untuk dijual di direktori laman web www.produkmuslim.info

    Segala penyertaan anda amat dihargai

    Terima kasih

    ReplyDelete