» » » Sudah cukup-cukup sudah...


Sudah cukup, cukup sudah, cukup sampai di sini saja, daripada batin terseksa, lebih baik ku pergi saja.
Lirik lagu ini sesuai sekali untuk kita tujukan kepada pakatan pembangkang (DAP,PKR dan PAS) supaya cukuplah menipu rakyat.
Cukuplah berjanji yang bukan-bukan pada rakyat, cukuplah menimbulkan huru-hara kepada negara dan masyarakat.
Cukuplah menimbulkan kesesatan kepada umat Islam dengan berbagai fatwa dan penyelewengan dan sebagainya lagi hingga kehidupan rakyat dalam keadaan aman harmoni menjadi terancam akibat dari perbuatan puak-puak ini.
Melihat dari gelagat kumpulan pembangkang (DAP-PKR-PAS) yang tidak mampu berfikir, sudah cukup untuk kita
buat kesimpulan yang pakatan mereka tidak diperlukan oleh negara dan negeri kita.
Apakah kita mahu bersekongkol dengan golongan yang menyokong fahaman pluralisma iaitu semua agama sama sahaja, termasuk Islam?
Apakah kita mahu bersama golongan yang mengamalkan kebebasan sex termasuk LGBT yang bersama-sama dengan Anbiga dalam memperjuangkannya atas nama hak kebebasan asasi manusia.
Sanggupkah kita bersama dengan golongan ini yang mahu menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu, menentang kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, meminggirkan Raja Raja kerana DAP mahukan sebuah negara Republik?
Teganya kau menari di atas tangisanku, kau permainkan sesuka hatimu, sudah cukup cukup sudah, cukup sampai di sini saja.
Baca, faham, selidiki dan sebarkan kepada rakan-rakan supaya kita tidak mudah terpedaya dengan taktik kotor Pakatan Penipu. Sayangi Malaysia kerana hanya Malaysia bumi milik kita! Baca Sini

About Street Writer

Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply