Friday, July 19, 2013

"Kaki kanan suami saya tiada lagi"

“Kaki kanan suami saya yang putus sudah tidak dapat diselamatkan lagi,” kata Norazwani binti Seme, isteri anggota polis yang kemalangan sewaktu menjalankan tugas di pilihanraya kecil Kuala Besut semalam.

“Saya reda atas apa yang terjadi dan saya tidak tengok pun lagi bahagian kaki suami saya yang terputus itu,’ kata Norazwani sayu.

Semalam seorang pegawai polis trafik yang bertugas untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut putus kaki kanan setelah motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan Alor Peroi di Kuala Besut hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu, Insp Farid Hasni Mamat, 33, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, terhumban kira-kira 10 meter berhampiran tembok sekolah akibat impak rempuhan itu.

Ketua Pergerakan Pemuda Besut, YB Mahadi Musa (Abe Adi) yang juga Adun Kota Putera bersama isteri telah melawat mangsa yang kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital USM Kubang Krian.

Dalam kunjungan itu, YB Mahadi bagi pihak pimpinan Umno Bahagian Besut menemui isteri mangsa Norazwani dan menyerahkan sedikit sumbangan tanda prihatin. Klik Sini

No comments:

Leave a Reply