Thursday, July 11, 2013

Kena hentak kepala gara-gara tak kejut sahur...

Kuala Lumpur : Kepalanya dihentak ke dinding selain ditampar, ditumbuk dan disepak lebih 20 minit. Itu ‘harga’ terpaksa dibayar seorang wanita berusia awal 20-an kerana dikatakan tidak mengejutkan suaminya bangun bersahur, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi di rumah mereka di Kampung Baru, di sini, isteri yang cedera di kepala dan badan akibat tindakan ganas suaminya membuat laporan di balai polis berhampiran rumahnya.
Sumber polis berkata, sebelum kejadian isteri muda yang belum mempunyai anak itu terjaga daripada tidur apabila mendengar bunyi pinggan pecah di dapur rumahnya.

“Dia bergegas ke dapur dan melihat suaminya sedang menghempaskan pinggan. Apabila ditanya mengapa, lelaki itu tidak memberi jawapan sebaliknya memaki hamun mangsa.

“Selepas puas memaki hamun baru suaminya yang berusia 20-an itu menjelaskan dia berang kerana isterinya tidak mengejutkannya bangun bersahur,” katanya. Menurutnya, mangsa memberitahu dia sudah mengejutkan suaminya jam 5 pagi namun tidak diendahkan menyebabkan dia bersahur seorang diri.

Sumber itu berkata, mangsa kemudian cuba menenangkan suaminya itu dengan meminta maaf di atas kesilapannya, namun dia dibelasah. Klik Sini

No comments:

Leave a Reply