Saturday, July 6, 2013

Khutbah khas adu domba di masjid haram Pas...


Hari ini hari Jumaat, antara hari-hari yang istimewa oleh umat Islam. Penghulu segala hari.

Namun di satu masjid di Kuala Besut kesucian hari Jumaat telah dicemari dengan fitnah adu domba kerana keterdesakan pihak Pas untuk menang dalam pru. Kg. Tok Saboh, Kuala Besut merupakan antara salah satu lokasi yang dilaporkan pernah berlaku solat dua imam.

Hari ini khutbah khas di masjid Haji Yaakob, Kg. Tok Saboh yang dikenali sebagai sebuah masjid Pas. Khatib masjid haram berkenaan telah berkhutbah seolah-olah Pas itu Islam. Allah akan bantu Pas kerana Pas itu Islam.

ISI KANDUNGAN Khutbah Jumaat – ‘Masjid’ Haji Yaakob Kampung Tok Saboh, DUN Kuala Besut pada 5 Julai 2013.
1. Sungguhpun kita (PAS) kalah bukan bererti kita (PAS) kalah, kita kalah kerana musuh-musuh kita memiliki wang yang besar.
2. Untuk menentang musuh-musuh kita, pejuang-pejuang kita perlukan senjata dan untuk mendapatkan senjata, kita perlukan sumbangan (derma).
3. Allah SWT menjanjikan kemenangan kepada Islam (PAS) dan kita (PAS) akan menang.

Baca sini...

No comments:

Leave a Reply