Benda-benda ni abah aku selalu cerita kat setiap orang yang datang ziarah rumah. Mungkin abah nak release kot. So aku nak release gak la. Bagi korang tau kisah mama aku. :)
Semua benda-benda kat bawah ni ialah kisah benar,insyaallah. Sebab aku dengar dari mulut orang yang lalui
peristiwa tu. Tapi taktau la kalau orang tu nak reka-reka cerita ke,takpe la. Janji cerita baik dan boleh ambil iktibar.
1) Mama kena attack,sesak nafas ketika mama dalam telekung. Mungkin mama baru nak solat,mama tengah solat,atau mama baru selesai solat. Itu amal terakhir mama sebelum mama koma 3 hari.
2) Dalam perjalanan ke hospital,tak ada benda lain mama sebut kecuali mama mengucap. Sehingga mama tak sedar diri. Perkataan terakhir yang aku dengar dari mama "Allah". Gembiranya aku!! :D
3) Ketika mama sakit, ramai kawan-kawan mama datang dari bangi. Ada juga datang dari perak. waktu mama meninggal lagi la ramai. Dari johor pun ada. Dari sini kita boleh nampak mama ni orang dia macam mana kan? :)
4) Waktu nak urus mama,nak bawak balik mama dari hospital ke kampung, tak ada najis yang keluar dari badan mama. Waktu mandikan mama pun tak ada najis yang keluar dari badan mama. Ustazah yang mengetuai urusan tu pun pelik. Dia tak pernah jumpa kes macam ni. Berkali2 dia cuba tekan perut mama,memang tak keluar apa-apa
5) Waktu proses mandi dan kafankan mama, gerimis turun. Bila selesai urusan,gerimis berhenti. Waktu dah sampai ke kubur,gerimis balik. Bila dah habis tanam,gerimis pun berhenti. Apa tanda ini eh?
6) Ada seorang kawan mama yang datang dari jauh,dia sampai ke kampung waktu jenazah sedang diuruskan. Dia cakap, dia nampak ada satu awan tebal duduk betul2 atas rumah tok. Kawasan lain semua tak ada awan. Taktau la betul ke tak cerita ni,tapi aku dapat cerita ni dari paklang.
7) Mama berpeluh dari malam yang meninggal sehingga pagi esok waktu nak mandikan. Ramai orang yang perasan benda ni. Mama masih berpeluh walaupun dah lebih 12jam meninggal. Abah beberapa kali lap peluh mama ni.
8) Maklang cerita, pagi ahad tu dia ada cium mama. Dia cakap dia terkejut sebab badan mama masih lagi panas. Walaupun dah lebih 12jam meninggal.
9) Tukang gali kubur ada cakap kat paklang, dia cakap yang jenazah ni badan dia lembut sangat. Jarang dia jumpa jenazah yang lembut macam ni. Walaupun dah lebih 12jam meninggal. Dia rasa tu waktu dia tengah adjust badan mama dalam liang lahad. Tapi badan mama memang tak mengeras,rasa macam masih hidup.
Itulah mama aku.
Pagi sebelum mama kena attack,dalam keadaan berkerusi roda(kaki patah),mama masih lagi istiqmah bangun Qiam. Pagi tu jugak mama tak tinggal Solat Dhuha. Walaupun sangat susah bergerak sebab kaki patah dan duduk atas kerusi roda. Kagum kan? :D
Hebat kan mama aku? Aku tak sempat nak berbakti kat mama. Mama pergi awal sangat. Mama pergi waktu aku baru umur 19 tahun. Sedangkan abah yang dah 61 tahun pun ada lagi mak.(Jeles!)
Tujuan entry ini ditulis bukan untuk nak menunjuk-nunjuk kebaikan mak aku. Aku cuma ingin berkongsi kisah kehidupan seorang manusia yang hebat. Agar kita sama-sama dapat mengambil pelajaran dan pengajaran diri beliau. Satu je aku nak share pengajaran dari entry kali ini :
"Ayuh melazimi Qiamullail dan Solat Dhuha"
sumber
"Tak Boleh Dah Kata Quran itu Kitab Suci.." - Noran Zamini
-
Sejak kerajaan PH ambil alih kerajaan Malaysia pelbagai isu yang
membimbangkan umat Islam muncul. Ini antaranya. Saksikan huraian dan
penjelasannya..
5 years ago
No comments: