Tuesday, July 9, 2013

#PRKKualabesut : Kuala Besut bertambah biru..

Perlantikan Ahli Parlimen Besut, Dato' Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Pelajaran kedua adalah merupakan satu penghormatan bukan sahaja kepada rakyat Terengganu malah merupakan satu penghormatan yang tinggi kepada rakyat di Besut terutamanya kepada rakyat dan pengundi di Kuala Besut.

Besut dan Idris Jusoh sememangnya tidak boleh dipisahkan kerana sebut saja Besut nama Tok Yeh sentiasa bermain di bibir mulut rakyat Besut.
Tok Yeh diyakini mampu membirukan lagi Kuala Besut berdasarkan personaliti beliau yang amat disenangi rakyat.
Menjawab kritikan Wahid Endut...
Seriap patah perkataan yang berasaskan politik dari politikus tidak membawa makna yang terus kepada maksud. Secara berstrategik, Tok Yeh cuba mengundang reaksi dari pihak lawan.
Tok Yeh bukan tidak tahu kenyataannya akan dipersoalkan yapi itulah harapan dan tujuan Tok Yeh! Manis atau bersahaja ulasan pihak lawan tidak menguntungkan tetapi jika ada statement yang boleh memualkan rakyat Kuala Besut dari pihak Pas... Bonus buat BN! Memahami dengan minda sahaja tidak sama dengan pengalaman... Tok Yeh adalah seorang yang berfikiran jauh.. tidak ramai yang mampu membaca corak Tok Yeh berfikir..

No comments:

Leave a Reply