Thursday, July 4, 2013

Pulau Perhentian "fix deposit" BN...

Pulau Perhentian terletak lebih kurang 45 minit perjalanan dari Jeti Kuala Besut merupakan tempat kelahiran bekas Adun Kuala Besut, Allahyarham YB. Dr. A. Rahman Mokhtar.

PDM Pulau Perhentian sejak sekian lama menjadi kubu kuat BN. Dalam PRU 13 yang lalu, PDM Kuala Besut
BN menang dengan majoriti 269 undi.

PRK yang mendatang ini merupakan satu PRK yang bakal menentukan kedudukan dan kekuatan kerajaan BN Terengganu yang sekarang ini berkedudukan 16-15.

Mengikut laporan yang diberi oleh jentera BN di Pulau Perhentian.  Pengundi BN di sini tidak mengira siapa calon yang bakal dikemukakan oleh BN di dun Kuala Besut.  Bagi mereka siapa saja calon akan diundi asalkan atas tiket BN.

Kata mereka jasa Allahyarham Dr. Rahman amat besar untuk kami lupakan begitu sahaja. Demi mempertahankan maruah Allahyarham, Pulau Perhentian Insya Allah kami akan pastikan kekal menjadi fix deposit kepada BN.

No comments:

Leave a Reply