Friday, July 12, 2013

Puteri diraja Arab Saudi didakwa perdagang manusia

SANTA ANA, California 12 Julai - Prosiding pendakwaan puteri diraja Arab Saudi atas tuduhan memperdagangkan manusia di Amerika Syarikat yang sepatunya bermula hari ini, telah ditangguhkan.

Meshael Alayban, 42, muncul di Mahkamah Agung Orange County pada Khamis, tetapi peguamnya mengemukakan permohonan menangguhkan prosiding dan hakim menjadualkannya semula kepada 29 Julai ini.

Alayban ditahan selepas seorang pembantu rumah wanita berusia 30 tahun mengadu dipaksa bekerja lebih masa dan tidak dibenarkan mengambil cuti.

Pekerja tersebut memberitahu, dia diambil bekerja di Kenya pada 2012 dan kemudian dibawa ke Arab Saudi, di mana pasportnya telah diambil.

Hakim mengeluarkan perintah perlindungan menghalang Alayban daripada berhubung dengan pembantu rumah tersebut, yang mana namanya tidak didedahkan. Klik Sini

No comments:

Leave a Reply