Thursday, July 11, 2013

TMJ tawar Ashaari gaji 90k sebulan?

Khabar angin yang hangat melanda media sosial dua,tiga hari ini adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) iaitu Tengku Ismail Sultan Ibrahim mahu mengambil pemain sayap kiri Terengganu Ashari Samsuddin atau lebih dikenali sebagai the silent killer dengan menawarkan gaji bulanan sebanyak RM90,000 sebulan bagi musim Liga Malaysia 2014..

Sumber daripada fan page facebook Johor Darul Takzim FC – Harimau Selatan mengatakan mahu memancing Ashari untuk bermain bersama pasukan Johor Darul Takzim pada musim depan sekaligus bakal meninggalkan pasukan Terengganu yang telah diwakili sejak tahun 2005.

Walau bagaimanapun spekulasi ini masih tidak dapat dipastikan kesahihan kerana belum ada perbincangan di antara Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dan Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) atau kenyataan dari Presiden PBNJ sendiri.

Selain itu banyak khabar angin lain tentang pemain liga Malaysia pada 2014. Klik Sini

No comments:

Leave a Reply