Thursday, August 1, 2013

Chua Boon Huat maut dalam kemalangan

Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat maut selepas keretanya melanggar lori di Lebuhraya Damansara-Puchong, dekat Stesen LRT Kelana Jaya, 2.25 pagi tadi.

Beliau berusia 33 tahun.  Berasal dari Bukit Cina, Melaka, Huat antara pemain hoki paling lama bermain untuk negara dengan mula beraksi untuk skuad kebangsaan sejak berusia 17 tahun pada 1998.

Beliau kembali dari persaraan demi membantu pasukan hoki dan membimbing pemain muda.
Boon Huat merupakan pemain yang telah banyak menyumbang jasa kepada negara dalam pelbagai pertandingan hoki dan antara pemain paling lama berkhidmat dalam pasukan kebangsaan. 

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

No comments:

Leave a Reply