Kuala Terengganu – Ustaz popular Pas Ustaz Azhar Idrus (UAI) telah terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang. Kemalangan yang berlaku sekitar jam 8 pagi itu melibatkan dua buah kereta iaitu sebuah kereta VolkWagen Golf yang dipandu oleh Azhar dan sebuah kereta Proton Iswara.
Kemalangan tersebut telah menyebabkan pemandu dan penumpang kereta Iswara berkenaan cedera dan dikejarkan ke HSNZ, Kuala Terengganu manakala Azhar dan keluarganya tidak mengalami apa-apa kecederaan.
Kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu Azhar yang datang dari Simpang Tok Ku bertembung dengan kereta Proton Iswara yang membelok menghala ke Jalan Gelugor Kedai di lampu isyarat Pengadang Baru berhampiran Gedung Tudung Desa Murni. Insiden dikatakan berlaku apabila Azhar dikatakan mengejar lampu isyarat yang sudahpun bertukar merah. Lagi gambar Klik Sini
No comments: