Monday, September 9, 2013

Antara Demokrasi dalam UMNO dan DAP

UMNO dan DAP sekarang berada diambang pemilihan. Yang membezakan keduanya ialah UMNO akan berhadapan dengan pemilihan yang telah lama tertangguh mamakala DAP pula terpaksa membuat semula pemilihan atau CEC nya gara-gara CEC yang lalu telah tidak diiktiraf oleh ROS kerana dikatakan tidak telus dan juga kerana ramai perwakilan melaporkan mereka tidak dijemput untk menghadiri persidangan sekaligus tidak boleh memilih kepimpinan parti mereka.

Apa yang menarik kedua-dua parti ini merupakan parti-parti yang mengamalkan prinsip demokrasi.
UMNO sejak dari penubuhannya sudah mempunyai 7 orang Presiden manakala DAP dari dulu hingga sekarang masih bertuankan kepada seorang individu iaitu Lim Kit Siang. Walaupun kini Setiausaha Agungnya ialah Lim Guan Eng namun mereka bukan orang lain iaitu anak beranak.

Sudah tiadakah orang lain dalam DAP yang mampu membawa DAP ke arah yang lebih baik, sehingga terpaksa memilih anak Lim Kit Siang?

Atau DAP adalah parti milik keluarga Lim Kit Siang?


No comments:

Leave a Reply