Nukilan seorg peg polis
"Ini kisah anggota PDRM....... yang gaji sudahlah tak seberapa, kerja tanpa mengira waktu, cuti bukanlah hak mereka, anak isteri cuma suku dari kehidupan,tapi hidupnya di sumpah seranah setiap hari...tak ada seorang yang sudi berbaik sangka kepada mereka. buat roadblock dikatakan mencari duit kopi. tahan kereta ditepi jalan yang mencurigakan dikatakan tahan nak minta habuan. bila ada demontrasi,mereka mengawal keselamatan dikatakan sengaja hendak menimbulkan huru hara...kalau kes dalam penyiasatan dikatakan tidur tidak buat kerja.bukankah itu sebahagian dari menjaga keselamatan diri anda? diri anak isteri anda? paling menyedihkan..pahitnya.... kisah ini sebahagian dari modal politik!! apa mungkin kau ingat nyawa manusia ini sama seperti kisah-kisah celaka kau kah? siapa suka,berdiri di tengah hujan dan terik matahari semata-mata untuk memastikan keselamatan negara, tinggal anak isteri dirumah tanpa pemerhatian berbulan-bulan lamanya, sakit anak isteri sendiri tidak mampu diuruskan berbanding sakit anak isteri orang awam.kau suka? kalau suka mohon kerja polis. cubalah rasa bagaimana peritnya. bagilah pula anak isteri,ibumu berada ditempat kami yang mana setiap kali suami,anak,adik lelaki berkerja kami akan sentiasa tidak tenang dan tenteram. jika nampak kereta peronda polis masuk ke halaman rumah,perasaan berdebar bagai mahu gugur jantung bimbang jika dibawa berita cumalah tentang kematian atau kecederaan ahli keluarga.aku punya anak, sejujurnya...aku sentiasa mengatakan kepada anakku. bila besar nanti jangan jadi polis dan tentera...bondatidak mahu rasa perit ditinggalkan lagi nanti diwarisi oleh saudara mara kita. kalau mati nanti berapa kerat sahajalah yang peduli, sudahla tiada masa untuk anak,isteri dan keluarga gaji pula sangatlah tidak setimpal dengan kerja tapi, jika sudah darah perwira yang mengalir di dalam tubuh tiada apa yang mampu melawan setiap takdirnya dan, aku terfikir sejenak. mungkin suatu hari nanti, anak anggota tentera dan polis hanya mengenali ayahnya cuma melalui gambar dan suara sahaja.
Selamat Menyambut Hari Polis Yang Ke 207..
No comments: