Friday, April 25, 2014

Menjunjung Kasih Tuanku.

Tajuk Khutbah Jumaat Hari Ini
"MENJUNJUNG KASIH"
Sempena Keputeraan Al Sultan Terengganu
25 April 2014 - 25 Jamadilakhir 1435

Intipati Khutbah

Dalam Islam, pemerintah tertinggi bagi sebuah negara Islam, sgt penting kerana menjamin kestabilan dan kedaulatan ummat Islam.

Mengikut Puqu'ah, institusi pemerintah mesti diwujudkan berdasarkan;
1. Tanggungjawab ummat Islam adalah bersatupadu dgn berpegang teguh kpd agama Allah dan tidak berpecah atau bersengketa bagi menjamin dan mengekalkan perpaduan ini, rakyat memerlukan pemerintah yg diamanahkan oleh Allah bagi melaksanakan syariat dan urustadbir rakyat.

2. Sebahagian besar perlaksanaan syariah terletak pd kuasa pemerintah.

3. Terdapat hukum dikategorikan sbg hukum Imamah atau Syariat Syariah yg memerlukan pemerintah mengubal berdasarkan Iktihad atau pendapat yg dirujuk kpd kepentingan dan hal ehwal ummat Islam.

4. Pemerintah bertanggungjawab melindungi rakyat.

Sahibul Al Qhalalah Al Sultan berkata, kesungguhan pegawai tinggi kerajaan samada yang dipilih oleh rakyat atau dilantik dgn izin Allah berbagai perancangan dan usaha utk rakyat dibuat dn berjaya dilaksanakan.

Hari ini rakyat di negeri ini menikmati keamanan dan kestabilan hidup yg sewajarnya, kanak2 dan remaja mendapat pendidikan yg percuma, institusi agama diberikan keutamaan, akidah ummat Islam terpelihara, ekonomi dan sosial berkembang dengan seimbang dan mantap. Semua kejayaan ini mewajibkan kita bersyukur kepada Allah serta menjunjung dan berterima kasih kpd Wali'u Amri.

Mestipun pemerintan belum berpuas hati dgn percapaian, mereka trus merangka tindakan dan meningkatkan usaha demi menunaikam amanah dan tanggungjawab mendaulatkan Islam dan kesejahteraan rakyat.

Rakyat perlu bersyukur dgn percapaian yg dikurniakan oleh Allah jika dibandingkan ummat Islam di negara lain dlm keadaan mundur, kemiskinan, ketakutan dan berpecahbelah.

Bersyukur dan berterima kasih tidak sekadar dgn kata-kata dan pujian sebaliknya harus dibuktikan dengan meningkatkan ketakwaan dan ketaatan kpd Allah yg memberi nikmat dan kpd pemerintah yg menjalankan amanah Allah.

Menjunjung dan berterima kasih kpd pemerintah dgn mematuhi undang-undang yg disediakan, memberi sokongan dan menambah nilai stiap rancangan di samping menggunakan sebaik mungkin apa yg disediakan  oleh pihak kerajaan dan melakukan kerja-kerja kebajikan melalui sokongan moral dan meterial kpd saudara-saudara yg memerlukan.

Juga tidak bersekongkol dgn pihak yang mencari kelemahan pih ak pemerintah dgn tujuan mengkhianati kepercayaan agar rasa kurang senang dan kebencian.

Semoga mendapat rujukan dan panduan bersama. Amen.

No comments:

Leave a Reply